Wednesday, December 31, 2008

SELAMAT TAHUN BARU 2009


Selamat menyambut tahun baru 2009. 2008 telah kita tinggalkan dengan seribu kenangan manis dan pahit. Semalam mengajar kita erti sebuah persahabatan dan kasih sayang. Persahabatan antara anak murid dan guru berkekalan hingga akhir hayat dan sukar untuk dilupakan. Semoga kasih sayang dan persahabatan yang ikhlas ini berkekalan dan terus mekar mewangi.

Bagi yang baru ingin mengenali Al Khalaf, silakan dan jangan malu untuk bertanya-tanya perancangan mendatang Al Khalaf. Sepuluh jari kami hulurkan dengan ikhlas sebagai tanda persahabatan yang baru terjalin.
Semoga 2009 yang menjelang tiba akan lebih ceria dan meriah aktiviti untuk kita bersama. Teruskan menyokong perjuangan Al Khalaf dan harap maaf jika terdapat kekhilafan dari pihak Al Khalaf

Sunday, December 28, 2008

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1430H

Selamat Tahun Baru 1430H.
Semoga tahun ini akan bertambah ketakwaan kepada ALLAH
dan dipermudahkan dalam setiap urusan kehidupan.
Taska Al Khalaf & Staff

Sunday, December 21, 2008

21hb yang ceria dan segar



























6am dah bangun untuk persiapan diri dan solat subuh berjemaah.macam-macam style muka dapat lihat tapi yang paling cun sekali Danish dengan rambut ala-ala lion king boleh tidur sambil duduk.

6.45am aktiviti panas badan dengan chicken dance dan jogging sekitar jalan inai sambil mengata-ngata pasal sampah sarap kat jalan inai belakang tu, ejek-ejek anjing yang dah memang sah terkurung dan skodeng rumah Dania, Aiman ,Shafiqah, Allyah dan Danish

7.30-8am aktiviti mengopek telur rebus dengan penuh ketelitian untuk membuat sandwich telur.Chef-chef terpendam memperlihatkan skill untuk membuat sandwich telur dan lepas tu roti burger yang chef terkenal Al Khalaf sediakan.

8-9++am aktiviti kerja keras....bawa bola dalam sudu, lompat sambil bawa bola,pecah belon dan yang paling best cari gula-gula dalam tepung.Tak perlu terangkan just look and see the picture

Dikesempatan ini ingin Ibu ucapkan tahniah kepada ibubapa yang memberi anak-anak kesayangan anda untuk menjadi matang dengan mengikuti perkhemahan ceria ini walaupun umurnya baru 3 tahun seperti syasya, bella, syafika, annisa dan iqbal.Jikalau terdapat kekurangan dari pihak taska ingin memohon maaf atas kesulitan yang timbul.Semoga sokongan dan kerjasama yang lebih baik dari ibubapa di masa akan datang akan memantapkan lagi perkembangan Al Khalaf bersama anak-anak cilik ini.Lain kali boleh buat lagikan...... tapi daddy u kena belanja i 5 tiket Madasgar 2

Perkhemahan Ceria Yang Terlebih Ceria






















20 -21hb Disember merupakan hari perkhemahan ceria anjuran Al Khalaf yang sulung.Memang sesuai dengan temanya teramat ceria walaupun keletihan. Tiada perkataan yang sesuai untuk Ibu gambarkan hanya yang melaluinya bersama anak-anak cilik ini yang memahaminya. Sepanjang perkhemahan ini kami berkongsi rahsia dan keseronokkan bersama-sama.

Aturcaranya bermula dengan plan B sebab hujan rahmat turun dengan lebatnya dari 5.30 - 6.30 dan terpaksalah Ibu dengar leteran Acu Miera Diego pasal tak nak pasang khemah besar....kihkih bukan tak sudi terima pertolongan tapi dah segan banyak sangat terima pertolongan.Tanah yang basah tidak melunturkan plan A ibu dan anak-anak. Maghrib dan Isyak kami berjemaah dengan imam jemputan (anak ibu je) lepas tu kami bersama-sama membaca Surah Yassin.Sejuk hati melihat kesucian hati anak-anak cilik ini.

9pm kami dengan tak sabar-sabar nak menjamu selera.yummy...yummy nasi lemak +ayam panggang+sayur+air.Walaupun kelaparan jangan lupa baca doa makan ya sayang.Kumpulan 6 seekor ayam duduk di satu sudut yang romantik bukan apa terpaksalah sebab segan 6 orang kongsi seekor ayam panggang,itupun macam tak cukup jerrr.cover boroi,atas alasan keselamatan kumpulan 6 seekor ayam terpaksa dirahsiakan takut kena saman malu.Tapi boleh agak siapa ahli kumpulan ini.

Pehhh memang sodap kata Bella dinner malam ni.Yea yea nak pasang khemah.Kerjasama yang dipamir oleh anak-anak ini mengingatkan kita yang adult ini supaya turut sama mengamalkan sikap kerjasama dalam rutin hidup harian kita.Kerjasama ini juga dapat kita gembling di antara taska dan ibubapa demi menjana anak-anak untuk terus seimbang perkembangan mereka.

Aktiviti malam yang sihat diteruskan dengan menghidupkan unggun api dan aktiviti yang lain.Musical Chair, boom boom dan persembahan mengikut kumpulan.Nak pecah perut melihat telatah anak-anak ini.oppsss ada parent yang buat rondaan sekitar taska.Terima kasih kerana membuat rondaan tapi jangan risau sebab polis dah janji buat rondaan.

11pm tidur time,dah gosok gigi dan tukar baju jadi dengan riang rianya masing-masing berebut nak tidur dalam khemah.Berlantaikan tanah dan berbumbungkan langit anak-anak ini tidur dengan senyuman dan lena.Cuma cikgu-cikgu jerr yang tak berapa lena sebab takut anak nangis cikgu tak sedar.Waktu macam ini masing-masing nak tunjuk skill mengigau terutamanya anas yang mengigau dengan penuh dramatik sekali.nak buat video tapi bateri lak yang dah nak habis.selamat anas. Jam dah hampir pukul 4 tapi mata tak berapa nak lena pulak jadi terpaksa layan blues dengan mengira bintang di langit so at last tertidur juga.

Tuesday, December 16, 2008

Rombongan Auntie Rose







13 - 14 Disember 2008 adalah tarikh bersejarah kerana rombongan auntie rose bergerak ke sunway pyramid untuk lawatan sambil makan. Lawatan sambil makan ini penting demi memeriahkan lagi acara walk with a payung anjuran Persatuan SLE. Acara berjalan sambil berpayung tu hari ahad pagi yang pergi hari sabtu tu lawatan sambil makan (emmm steamboat , meleh air lur). Rombongan tak rasmi ini diketuai oleh Chef De Mission aka tunjuk jalan iaitu auntie rose baju putih(gambar tangkap sendiri sbb camerawoman sibuk mandi cepuk-cepuk kat bath tub). Kontinjen yang lain terdiri dari Cikgu Ayu aka camerawoman, Cikgu Ani aka cheer leader utk makan time, Fatiha, Afiq, Azim, Yasmin dan Anisah. Cikgu Ida n me tak dijemput punnnn. Gambar-gambar sewaktu aktiviti adalah ehsan dari auntie rose.
Born as a muslim is a gift and die as a mukmin is an achievement