Wednesday, March 18, 2009

Aktiviti Berenang





Hari Selasa 17hb adalah hari yang menggembirakan buat anak-anak Al Khalaf kerana dapat berenang di BBGC. Cuaca pun sungguh indah seolah-olah mengalu-alukan niat anak-anak yang tertunda minggu lepas.

Anak-anak yang cuti sekolah turut serta dalam aktiviti ini.

Sunday, March 15, 2009

Friday, March 13, 2009

Aktiviti Berenang





Hari ini perancangan awal untuk outing iaitu swimming di kelab golf. masing-masing dah bersemangat dengan baju berenang, awan dari pagi lagi dah kelabu. Kesian pulak nak batal maka pergi jugalah ke kelab golf. Sebelum swimming main dulu kat taman permainan dan dalam masa yang sama hujan mulai turun.

Gambar yang terpapar adalah luahan hati mereka yang tidak kesampaian untuk swimming di kelab golf. Untung bagi cilik group sebab swimming kat taska maka anak-anak cilik ini bergumbira di kolam..... minggu depan kita ganti ya.....

Tuesday, March 10, 2009

TAKWIN BULAN MAC

6hb Jumaat
Membuat gelang dari manik (PG+5+6 Tahun)

13 hb Jumaat
Aktiviti Berenang (Cilik Group+PG+5+6 Tahun)
Sila bawa pakaian berenang
8.30am - 11.00am

17hb Selasa (cuti sekolah)
Aktiviti Jogging
Sila pakai pakaian + kasut sukan
8.30am- 10.00am

20hb Jumaat
Aktiviti Senamrobik
Sila pakaian Uniform Taska + kasut sukan

27hb Jumaat
Sambutan Hari Lahir Untuk Bulan Mac
Tema : Dress (P) + Slack + Kemeja (L)
Birthday: Syasya + Zikri
5.00pm - 6.00 pm

Friday, March 6, 2009

Untaian Manik Untuk Yang Tersayang












Hari ini Jumaat 6hb Mac, penghulu segala hari dan mulakan aktiviti dengan revision dulu. Setelah selesai revision untuk pemantapan baru kudapan. Masa yang ditunggu-tunggu iaiatu membuat gelang menggunakan manik. Terima kasih kepada ibubapa yang sudi membelikan anak-anak ini dengan manik yang berwarna-warni.Kilauan warna ini umpama berkilaunya kasih ibubapa buat anak-anak.

Setiap anak diberi kebebasan untuk memilih corak yang mereka suka.Anak-anak dengan penuh kosentrasi mencucuk manik ke tali. Proses ini bukan mudah untuk anak yang berusia semuda 3 tahun tetepi jangan terkejut kerana anak-anak ini mampu melakukannya. Tumpuan mata dan tangan penting dalam proses ini dan dikenali sebagai kognitif. Adalah besar harapan anak-anak ini untuk menyelesaikan tugasan mereka dan tidak sabar untuk memberikan kepada ibu-ibu yang tercinta. Harap-harap ibu-ibu yang mendapat hadiah dari anak-anak ini memakainya dan pasti senyuman bangga terukir dibibir anak-anak Al Khalaf yang tersayang.

Wednesday, March 4, 2009

Azamaton Nisa ,Juliana & Ain





Ini adalah dua sahabat yang membesar dan nakal bersama-sama. Habit suka menyakat orang lain terutamanya Ain adalah hobi dua sahabat ini. Kedua-duanya kuat makan dan suka sangat dapat main diluar.

Nisa aka Eton yang putih kuning tersenyum dipapan gelungsur, bersedia untuk membuat panjat tangga dan turun seperti orang lain. Ain memberi sokongan moral kepada eton untuk membuat luncuran....Julie tengok dari jauh jerr.

Sunday, March 1, 2009

Motivasi guru




Sessi Motivasi guru2 Taska & Tadika di Art Room, Bukit Beruntung Golf Club. Motivator adalah Puan Saadiah Abu Bakar yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Adalah diharapkan agar guru2 kesayanganku ini dapat menimba ilmu dan lebih bersemangat untuk berbakti terhadap anak-anak di taska masing2 terutamanya Al Khalaf.

Tips dan teguran yang diberi seharusnya diterima dengan hati terbuka demi menjana minda kita untuk terus maju dan memperbaiki kualiti perkhidmatan guru2. Tahniah buat Cikgu Ayu, Cikgu Ani dan Cikgu Ida kerana dapat menghadirkan diri ke sessi motivasi dan bersemangat untuk menjadi guru yang lebih baik dari semalam. Apa yang baik kita ambil sebagai pedoman dan kelemahan kita jadikan sempadan untuk terus maju didunia dan akhirat.
Born as a muslim is a gift and die as a mukmin is an achievement