Tuesday, June 30, 2009

Bakal-Bakal Cendiakawan Islam




Tahniah buat anak-anak yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan semester 1 yang lepas. Keputusan penuh:

6 Tahun: 1.Najwa 2.Anas 3.Syamil

5 Tahun: 1.Danish 2.Umairah 3.Aiman
Playgroup: 1.Annisa 2.Syafiqa 3.Syasya

Friday, June 26, 2009

Selamat Hari Lahir Ahmad Syamil






Hari ini sambutan hari lahir bulan Jun dan kebetulan hanya syamil sahaja ahlinya. Makanan pun istimewa pulut kuning+kari ayam+kuih muih+kek...mmmm memang sedap cuma jangan sampai semput sudahlah..

Sebenarnya sepanjang bulan ini pelbagai aktiviti dilaksanakan tetapi atas dasar kesihatan maka banyak peristiwa yang tidak di upload disini.Sepanjang cuti sekolah hari tu ada pertandingan mewarna ikut kategori, cinema day dan juga senamrobik.Jadi ibubapa janganlah rasa anak2 manja ni takde aktiviti cuma cikgu ibu masih tak larat nak menatap laptop lama2 mulah pusing semacam.

InsALLAH akan cuba upload gambar rombangan ke Menara KL dan pelbagai reaksi yang menarik sewaktu rombongan tersebut. Di kempatan ini Taska Al Khalaf nak ucapkan pada Mama Najwa _ hazizah yang menimang cahayamata baru-baru ini. Semoga cepat sihat dan bergembira dengan Charlies Angle...

Monday, June 1, 2009

SALAD BUAH-BUAHAN + BIRTHDAY MEI










Selamat Hari Lahir buat Aiman, Annisa, Amira dan Ilham. Semoga terus diberkati oleh ALLAH dan membesar jadi anak yang soleh dan solehah. Pagi Jumaat ini bermula dengan aktiviti membuat salad buah-buahan sesuai dengan tema bulan ini iaitu makanan berkhasiat. Taska Al Khalaf dah macam kedai buah-buahan lak...ada buah epal hijau + merah, pear, jambu, nenas, betik, anggur, tembikai merah + kuning. Seronok anak-anak ini diajar untuk membuat salad buah-buahan, di samping itu juga diterangkan khasiat yang diperolehi dari memakan buah-buhan tersebut.

Sebelah petang pulak sambutan hari lahir untuk bulan mei dan tema pakaian adalah warna merah. Terima kasih pada Acu, Daddy+mummy dan mama ilham yang telah menaja makanan untuk majlis tersebut.
Born as a muslim is a gift and die as a mukmin is an achievement