Thursday, August 27, 2009

Mari periksa gigi...










Hari ini 25hb iaitu Rabu, Al Khalaf mendapat kunjungan dari Klinik Gigi Serendah. Penerangan tentang penjagaan gigi untuk anak-anak 0 - 4 tahun tapi abang2 dan kakak2 pun turut serta. Edaran berus gigi percuma untuk menggalakan anak-anak memberus gigi. Anak-anak juga turut diberi pemeriksaan gigi untuk melihat tahap kebersihan gigi. Haziqah mendapat pujian gigi yang bersih dan cantik. Buat anak-anak yang lain kenalah mula menjaga kebersihan gigi untuk kekal sihat kerana jika gigi rosak boleh sakit satu badan dibuatnya.

Selamat Hari Lahir Anak Ogos


Selamat hari lahir buat anak-anak bulan ogos. Sambutan hari lahir bulan ini dipercepatkan kerana bertembung dengan 1 Ramadhan. Selamat Hari Lahir buat Danish, Alin, Rafiq dan Atiqah.Terima kasih atas sumbangan kek, keropok, agar2, goody bag dan karipap.

Sempena menjelangnya bulan Ramadhan Teacher Ibu + Staff Al Khalaf ingin mengucapakan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak dan semoga ibadat kita diterima dan dipertemukan kita dengan malam Lailatul Qadar.....

Thursday, August 13, 2009

Perkhemahan Ceria Pt 2















Pagi-pagi lagi anak-anak dah bersiap untuk solat subuh berjemaah dan berlepas untuk aktiviti kembara jalan inai aka jogging..... sampai kat taska sarapan dulu lepas tu kemas khemah beramai-ramai. Suasana kecoh dengan pelbagai telatah mereka.

Hari ini ada poco-poco yang diterajui olaeh Teacher Zana....... sukaneka dan part yang paling best makan beramai-ramai.Tahun ni juga ada musical chair untuk teacher dan juaranya adalah teacher Ayu yang berjaya menyinggul Teacher Zana.Terima kasih pada mama alya yang sudi menghantar mee black pepper yang memang yummy-yummy nanti bolehlah minta resepi ya...

Persembahan Malam Perkhemahan Ceria 2 Pt 1

Tiada kata seindah bahasa
untuk diucap pada semua
Silalah lihat telatah mereka
anak-anak Al Khalaf yang teruja

++ masih ada yang belum di upload++

E -Codes

Semua coklat jenama cadbury pun ada... Kod E476....sila baca label dahulu sebelum membeli untuk anak-anak kesayangan kita.....
EMULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT
1 E 100 16 E 280 31 E 434 46 E 482
2 E 110 17 E 300 32 E 435 47 E 483
3 E 120 18 E 301 33 E 436 48 E 491
4 E 140 19 E 325 34 E 440 49 E 492
5 E 141 20 E 326 35 E 441 50 E 493
6 E 153 21 E 327 36 E 470 51 E 494
7 E 160 22 E 334 37 E 471 52 E 495
8 E 161 23 E 335 38 E 472 53 E 542
9 E 210 24 E 336 39 E 473 54 E 570
10 E 213 25 E 337 40 E 474 55 E 572
11 E 214 26 E 422 41 E 475 56 E 631
12 E 216 27 E 430 42 E 476 57 E 635
13 E 234 28 E 431 43 E 477 58 E 904
14 E 252 29 E 432 44 E 478 59 E 920
15 E 270 30 E 433 45 E 481



Born as a muslim is a gift and die as a mukmin is an achievement