Tuesday, January 20, 2009

Testing IQ










Hari ini hari memerah otak untuk melihat bagaimana koordinasi mata dan tangan bergabung untuk membentuk atau memadan objek.Setelah penat menjalani P&P Aiman dan Danish cuba memadankan puzzle dari 4 keping - 12keping.

Petang ni cuma dapat main kat padang 30 minit jer pas tu hujan so mari kita buat IQ Test menggunakan bongkah kayu berwarna.....di sini kita boleh lihat bagaimana anak-anak ini berfikir...mmmmm comel maman susun bongkah, lepas tu minta nak minum air......

Monday, January 19, 2009

My Chef


Memperkenalkan chef kesayangan Al Khalaf. Masih muda pada telatah tapi kalau kira umur takut nak bagitau :p Manis bertudung ala-ala bibik mmmm cantik tudung. Senyuman lebar macam ni akan menghasilkan makanan yang lazat dan berkhasiat. Kalau tak makan sayur tak dapat lihat senyuman lebar ni kena jegil mata lagi ada.....segala urusan untuk mengenali lebih lanjut sila hubungi boss dulu.....

Friday, January 16, 2009

Bubbly Cilik Group






Hari ini aktiviti berenang buat The Cilik Group.Korum tak cukup sebab Ilham & Awin tidak hadir but life must go on...Mummy buat bubble kat kolam cilik.Rafiq over excited dan paling best Ain tersenyum lebar main buih. Perancangan nak guna kolam besar tapi takut la dari safety so terpaksalah guna kolam cilik dah macam tin sardin lak..... oklah mummy nanti we buy one.

Gambar yang lain tu sebenarnya aktiviti yang melibatkan kognitif. Anak-anak menggunakan mata dan tangan untuk memadankan abjad dengan tempatnya. Hasilnya mengkagumkan

Wednesday, January 14, 2009

Takwim Aktiviti Bulan Januari

16 hb (Jumaat) aktiviti berenang untuk The Cilik Group (haziqah,atiqah,awin,julie,nurulain,rafiq,ilham dan ziqri)
9am - 10.30am, sila bawa baju mandi +berus gigi+ubat gigi

23hb (Jumaat) aktiviti berenang untuk playgroup
9am - 10.30am, sila bawa baju mandi+berus gigi+ubat gigi

30 hb (Jumaat) sambutan hari lahir untuk bulan Januari
9am - 11.30am, pakaian baju kurung+baju melayu
Birthday girl Nurul Ain 1 tahun, Misha Aishah 8 Tahun & Ibu muda tahun:p

Aktiviti P&P Al Khalaf






Minggu ini adalah minggu kedua sesi persekolahan bermula dan juga minggu kedua P&P berjalan. Masih terlalu awal untuk menilai kemampuan anak-anak tetapi boleh dilihat sedikit demi sedikit perkembangan mereka.

Berilah anak-anak ini sedikit masa dan ruang untuk mereka terus berkembang dengan sihat dan seimbang. Perkembangan anak-anak yang sihat bukan sahaja dinilai dari segi IQ tetapi penilaian harus juga dilihat dari sudut EQ dan SQ.

Monday, January 12, 2009

Salam perkenalan dari little caliph n cute princess







Salam perkenalan dari little caliph n cute princess dari Al Khalaf.Gambar diambil mengikut kelas Playgroup, 5 tahun dan 6 tahun. Turut serta adalah the cilik group dibawah kelolaan cikgu ros.

Cikgu Ayu, cikgu Ani and me jengjeng akan mendidik kelas pg,5 n 6. Sessi P&P sudah bermula tetapi kasi yang ringan-ringan dulu untuk tidak membuat anak-anak ini terkena kejutan budaya. tapi dari pemerhatian ibu tahun ini anak-anak memang kecil dari segi fizikal tetapi dari semangat untuk belajar memang cukup besar..... nampak cutekan anak-anak ini lengkap dengan uniform baru yang ceria.perancangannya setiap anak Al Khalaf akan memakai uniform ini setiap hari isnin dan jumaat.kalau ada permintaan boleh pakai hari-hari tapi nampak gayanya kenalah beli 2-3 pasang uniform..amacam ada beranika?

Saturday, January 3, 2009

Fikir-fikirkan


SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT CIKGU AYU



Selamat Pengantin baru buat cikgu Ayu dan pasangannya Hafiz. Semoga berkekalan dan diberkati hingga ke akhir hayat. Ibu berkunjung kenduri di sg choh dan terjumpa dengan anne sefamily, daddymummy aiman sefamily & Iffairfan sefamily.

Wednesday, December 31, 2008

SELAMAT TAHUN BARU 2009


Selamat menyambut tahun baru 2009. 2008 telah kita tinggalkan dengan seribu kenangan manis dan pahit. Semalam mengajar kita erti sebuah persahabatan dan kasih sayang. Persahabatan antara anak murid dan guru berkekalan hingga akhir hayat dan sukar untuk dilupakan. Semoga kasih sayang dan persahabatan yang ikhlas ini berkekalan dan terus mekar mewangi.

Bagi yang baru ingin mengenali Al Khalaf, silakan dan jangan malu untuk bertanya-tanya perancangan mendatang Al Khalaf. Sepuluh jari kami hulurkan dengan ikhlas sebagai tanda persahabatan yang baru terjalin.
Semoga 2009 yang menjelang tiba akan lebih ceria dan meriah aktiviti untuk kita bersama. Teruskan menyokong perjuangan Al Khalaf dan harap maaf jika terdapat kekhilafan dari pihak Al Khalaf

Sunday, December 28, 2008

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1430H

Selamat Tahun Baru 1430H.
Semoga tahun ini akan bertambah ketakwaan kepada ALLAH
dan dipermudahkan dalam setiap urusan kehidupan.
Taska Al Khalaf & Staff

Sunday, December 21, 2008

21hb yang ceria dan segar



























6am dah bangun untuk persiapan diri dan solat subuh berjemaah.macam-macam style muka dapat lihat tapi yang paling cun sekali Danish dengan rambut ala-ala lion king boleh tidur sambil duduk.

6.45am aktiviti panas badan dengan chicken dance dan jogging sekitar jalan inai sambil mengata-ngata pasal sampah sarap kat jalan inai belakang tu, ejek-ejek anjing yang dah memang sah terkurung dan skodeng rumah Dania, Aiman ,Shafiqah, Allyah dan Danish

7.30-8am aktiviti mengopek telur rebus dengan penuh ketelitian untuk membuat sandwich telur.Chef-chef terpendam memperlihatkan skill untuk membuat sandwich telur dan lepas tu roti burger yang chef terkenal Al Khalaf sediakan.

8-9++am aktiviti kerja keras....bawa bola dalam sudu, lompat sambil bawa bola,pecah belon dan yang paling best cari gula-gula dalam tepung.Tak perlu terangkan just look and see the picture

Dikesempatan ini ingin Ibu ucapkan tahniah kepada ibubapa yang memberi anak-anak kesayangan anda untuk menjadi matang dengan mengikuti perkhemahan ceria ini walaupun umurnya baru 3 tahun seperti syasya, bella, syafika, annisa dan iqbal.Jikalau terdapat kekurangan dari pihak taska ingin memohon maaf atas kesulitan yang timbul.Semoga sokongan dan kerjasama yang lebih baik dari ibubapa di masa akan datang akan memantapkan lagi perkembangan Al Khalaf bersama anak-anak cilik ini.Lain kali boleh buat lagikan...... tapi daddy u kena belanja i 5 tiket Madasgar 2
Born as a muslim is a gift and die as a mukmin is an achievement