Friday, February 6, 2009

Jogging oh jogging











Pagi jumaat yang indah ini aktiviti panas badan dulu kat dalam taska dengan iringan musik chicken dance. Cilik Group pun tumpang dua kaki buat senaman, rafiq bersemangat sekali....berpeluh gakkkk.. lambat sikit bertolak sebab tunggu fiqa dan iqbal. 8.45am baru bertolak dari pintu pagar taska. Seronok dapat bawa keluar anak-anak ini melihat persekitaran.Ibu nak ucapkan terima kasih pada parent2 yang sanggup beli anak-anak kesayangan mereka kasut semata-mata untuk jogging.Tahniah kerana anda memberi kerjasama yang besar dalam perkembangan anak-anak anda.Sepanjang jogging tu macam-macam komen keluar dari mulut anak-anak ni,kelakar. Perhatian yang lebih sikit kat fiqa dan iqbal sebab malam tadi ada sikit semput tapi bila ambik gambar sempat senyum maut lagi.syasya dan bella selalu beriringan kat belakang sekali sebab sibuk mengintai anjing yang besar kat jalan inai ni tapi berikat dan duduk kat dalam pagar la.

Thursday, February 5, 2009

Carrot Day









Hari ini Playgroup kena bawa lobak dan kentang untuk aktiviti kerastangan. Cikgu Ani n geng bertungkus lumus membuat design kat lobak dan kentang.Hasilnya kentang dan lobak dapat diguna sebagai alat mengecop.... dalam banyak-banyak lobak dan kentang lobak iqbal paling comel sebab kontot sangat macam tak cukup baja je.Malangnya tak sempat nak ambil gambar.

Wednesday, February 4, 2009

TAKWIM BULAN FEBUARI

6hb Jogging (Playgroup+5 & 6 Tahun)
8.30 -9.30am
-Baju Tadika
- Kasut Sukan

13hb Amali Solat (Playgroup+5+6 Tahun)
8.30 -9.30am
-Telekung

(Kolaj - Cilik Group, Playgroup +5 +6 Tahun)
10-11.30am
-Sila bawa surat khabar/majalah
-Apron/baju lama

20hb Senamrobik Ceria (Cilik Group, Playgroup, 5&6 Tahun)
-Baju Tadika
-Kasut Sukan

27hb Sambutan Hari Lahir Bulan Febuari
(Cikgu Ani 20, Afif Jazimin 10, Andreanna Yasmen 8 & Nasrullah 5)
9 -11.30am
-(L) Kemeja + Jeans Panjang
-(P) Blouse + Jeans Panjang+Tudung

Friday, January 30, 2009

Birthday Party Pt 2














Sebelah petang selepas solat Asar berjemaah n baca doa anak-anak dah tak sabar untuk sambutan party pt 2. susun kerusi n meja kat luar kasi view yang berbeza sikit.plan lepas makan boleh terus main di padang comel tapi cuaca lak tak mengizinkan...hujan...hujan Bestnya petang ni pasal kita ada 3 biji kek yang yummy yummy.....boleh lihat betapa comelnya anak-anak ini ketika makan kek.pehhh kalah ratu kebaya...sambil makan cikgu bagi benda yang tiup-tiup ada bunyi lagi. terima kasih kat mama ilham yang sudi hadiah kat anak-anak Al Khalaf ni. bulan depan kita sambut lagi untuk bulan febuari lak....mai check sapa lak....jengjeng cikgu ani, azim, yasmen n anas......tunggu

Thursday, January 29, 2009

Kerusi Beracun

Sambutan Hari Lahir Bulan Januari Pt 1





















Hari ini 30hb Al Khalaf membuat sambutan hari lahir untuk anak-anak n me (hihi) yang bertuah dilahirkan dalam bulan januari. Pagi-pagi lagi dah sibuk meniup belon untuk decoration. Belon yang pecah pun banyak gak so saki baki jer yang dapat digantung. 5&6 tahun kena buat amali solat dulu lepas 10am baru mula aktiviti. Ada musical chair, nenek-nenek dan bercerita oleh cikgu Ayu & cikgu Ani. Macam-macam muka boleh lihat dan semuanya comel-comel sebab lengkap berbaju melayu dan berbaju kurung bertudung. Hari ini menu istimewa nasi minyak,kentang goreng dan ayam tergolek. Penaja utama adalah mumy n me sebab kesyukuran anak2 kami lulus cantekkk untuk UPSR n PMR. Pt 2 sambutan hari lahir buat waktu petang. Menu ada kek,kuih-kuih,gula-gula, belon etc.Cerita pasal pt 2 nanti ibu upload ye...... dear mumy n dady lihatlah anak-anak anda membesar dengan ceria dan sihat.

Cuba teka siapa bayi comel ini. Siapa dapat teka boleh bawa balik rumah

[Image024.jpg]
Born as a muslim is a gift and die as a mukmin is an achievement