Friday, February 5, 2010

Pool Day


Hari ini Pool Day untuk Cilik + Playgroup. Teacher Zana + Teacher Ani sibuk melayan telatah anak2 comel ini.. Haziq diberi penghormatan untuk memegang paip..suka dia. Amir takut nak main air, syahmi dan yang lain amattt suka dengan air sampai terpaksa diangkat keluar sebab times out... so ibubapa jangan lah takut2 untuk membawa anak2 sekecil 2tahun untuk berenang kerana ia bagus untuk gerakan fizikal anak2.




Friday, January 29, 2010

Sambutan Hari Lahir Bulan Januari















Hari ini sambutan hari lahir bulan januari...adam, ana, arsyad, misya dan teacher ibu :). Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh teacher2 Al Khalaf seperti treasure hunt, musical chair dan main ulat bulu. Memang meriah dan ceria sekali. Terima kasih kepada ibubapa yang menyediakan kek dan goddy bag untuk anak2

Wednesday, January 27, 2010

My Body : 5 tahun






Hari ini aktiviti mengenal dan menyebut anggota badan menggunakan bahasa inggeris. Teruja anak-anak sehinggakan tersalah sebut nama anggota badan....biasalah Iqbal suka sebut lain tunjuk lain...sebut hand tapi tunjuk kat kepala...

Wahhh..Naqib senyum lebar, senyum manis dari Najiha dan Adam Mirza. Naqib dan Adam pun sekarang semakin selesa untuk belajar dan semakin maju dalam P&P...sayang teacher

Monday, January 25, 2010

Thursday, January 14, 2010

Cilik Group: mari buat playdough










Hari ini 13/1 aktiviti membuat playdough oleh cilik group. Bahan-bahannya seperti tepung gandum, garam, air dan water colour. Sebelum tu kena buka baju dulu .... aktiviti ini bagus untuk pergerakan tangan dan mata anak-anak.

Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Assalamualaikum ibubapa dan anak-anak Al Khalaf, selamat tahun baru 2010 dan semoga kita terus maju melangkah ke hadapan. Aktiviti tahun 2010 akan lebih ceria, bermaklumat dan semoga dapat sokongan dari ibubapa.

Selamat datang kepada anak-anak yang baru mendaftar dengan Al Khalaf dan buat anak-anak yang melangkah ke alam persekolahan seperti syamil, hakim dan najwa ibu doakan semoga terus berjaya didunia dan akhirat.

Takwim Januari akan dikeluarkan tidak lama lagi jadi tunggu.....

Monday, November 30, 2009

TAKWIN DISEMBER

Tema: Muhasabah Diri dan azam baru

2/12: Menonton wayang 2 filem

19/12: Membuat kuih donut ummph

23/12: Jogging + kraftangan

30/12: Sambutan hari lahir disember (Zulaikha, Iqbal, Hazikah, Airen Nisrina)
Tema pakaian: kuning

* jangan lupa untuk mendaftar kelas playgroup dan interactive group bagi sesi 2010*

Sunday, November 15, 2009

Yusuf Mukmin






Tepat jam 7.45malam ,jumaat 13 hb november penantian seorang ibu berakhir dengan kehadiran anakanda tercinta Yusuf Mukmin. Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat2 serta kenalan yang mendoakan yang terbaik untuk ibu dan Yusuf.

Yusuf kecik je cuma 2.35kg......ialah ibu semasa mengandungkan yusuf mendapat tekanan darah tinggi jadinya bayi tidak akan melebihi 2.5kg.Pengalaman melahirkan yusuf kelakar pun ada sebabnya air tetuban dah pecah pun masih sempat menjenguk putra sulung di sekolah izuddin ipoh dan shopping beg di greentown.sebab dah janji dengan putra sulung nak datang jadi tawakal je...Alhamdulilah segala urusan beres dan dipermudahkan dan melahirkan yusuf pun hanya sakit dalam 1jam sahaja .mungkin lain kali cerita lagi dan buat sementara waktu terpaksalah posting tentang aktiviti anak2 al khalaf bercuti. Aktiviti sepanjang cuti sekolah ni sudah disusun dan diuruskan dengan penuh dedikasi oleh setiap guru di Al Khalaf so jangan risau cuma updated news je yang takde.

Thursday, November 12, 2009

Anak oh anak

Tanpa kita sedari hujung tahun sudah menggamit kita untuk menghampirinya. Rasanya macam baru semalam kita memulakan di awal tahun.... pantas masa berlalu. Perkembangan anak-anak Al Khalaf juga terus mekar mewangi, cabaran tetap ada dalam menangani anak-anak ini. Anak-anak punyai keletah, pemikiran, kreativiti yang berbeza dan persamaannya cuma sentiasa inginkan perhatian dan kasih sayang dari setiap gurunya(kalau di taska).

Untuk menjadi seorang pendidik yang berkualiti perlukan kekuatan untuk terus maju. Memajukan diri dan sekaligus anak-anak didik yang merupakan amanah . Istiqomah...... setiap dari kita perlu menilai secara jujur adakah kita seorang pendidik yang baik? baik yang bagaimana? Mengikut Ibnu Khaldun seorang cendiakawan Islam...didiklah anak-anak mengikut acuan syariatIslam dan kita tidak akan gelisah jika anak bebas terbang dari pandangan kita, mereka tetap membawa syariat Islam yang menjamin keperibadian mereka. fikir-fikirkan...

Tuesday, November 3, 2009


Minggu IQ bermula..... hari pertama aktiviti cop mengecop dulu. Bagi yang mudah-mudah supaya tidak stress. Iqbal pun dah masuk balik setelah 2 bulan bercuti(umi yang bersalin tapi Iqbal pun cuti sama). Ada macam-macam reaksi sebenarnya tapi tak sempat nak ambil gambar, aktiviti paling banyak berlaku masa minggu IQ ni adalah korek hidung atau gigit kuku sebab tak tau nak jawab. Kalau salah jawab nanti teacher marah...aduhhh pening....

Thursday, October 29, 2009

Sambutan Hari Lahir Bulan Oktober






Hari ini jumaat 30hb merupakan sambutan hari lahir pt 1anak yang lahir bulan oktober iaitu Daniel Nurhakim dan Umairah.Sebelah petangnya pula untuk Ariff Shazad.Kek pun nampak yummy yummy....sebelum tu anak-anak dapat menonton cd "Geng" ......memang best cikgu yang ketawa lebih-lebih.

Seronok, seronok juga tapi jangan lupa mulai isnin kita akan melalui minggu IQ untuk anak 4,5 & 6 tahun.Semoga berjaya...

Friday, October 9, 2009

Cilik Group Pool Day





Cuaca mendung hari jumaat yang berkat ini tapi aktiviti mandi kolam cilik group tetap diteruskan ....... dah tak sabar anak-anak untuk berendam dalam kolam. Pagi tadi pun dapat main kat padang sebelum sarapan, kebelakangan ini tak dapat buat aktiviti explore kat luar sebab tanah lembab dan licin. Lupa lak hari ini baru 9hb aka 20 syawal 1430...... Tahniah buat mama ain yang mendapat baby boy rabu lepas dan buat Ilham semoga cepat sembuh dari eczema...... we miss u tapi tetap bergumbira kat kolam...
Born as a muslim is a gift and die as a mukmin is an achievement