Wednesday, December 10, 2008

PERKHEMAHAN CERIA 08

Mari kita berkhemah di Taska Al Khalaf

Tarikh:20 -21 disember 2008

Masa: 6pm - 9am

Tempat: Padang Ceria Taska Al Khalaf

Yuran: RM 10 (murah aje)

Aktiviti: BBQ, Bersolat Jemaah, Bercerita, Treasure Hunt & Menyanyi

Dapatkan borang kat teacher dan hantar sebelum 15hb.......

Sunday, December 7, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Selamat menyambut dengan penuh kesyukuran sambutan Aidil Adha. Semoga Aidil Adha yang menjelang tiba merapatkan lagi silaturrahim di antara kita sesama Islam. Dikesempatan ini guru-guru Taska Al Khalaf mengucapakan Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua Ibubapa dan terutama untuk anak didik kami yang tersayang.

Cikgu Ina, Cikgu Ayu, Cikgu Ani, Cikgu Mummy & Cikgu Ida

Thursday, December 4, 2008

My Dearest Teacher

Taska Al Khalaf masih teguh berdiri memberi khidmat kerana adanya guru-guru yang komited dengan tugas mereka. Tanpa mereka siapalah Al Khalaf. Setiap hari mereka menyingsing lengan untuk mendidik anak didik mereka tanpa rasa jemu atau pilih kasih. Setiap anak didik mereka adalah permata yang berkilau di mata mereka. Mungkin ada yang melabel tugasan mereka umpama bibik. U are totally wrong! Lebih memalukan jika yang beranggapan sedemikian adalah yang educated.

Setiap profesion ada istimewanya dan seharusnya kita menghormati mereka atas usaha gigih mereka. My Dearest Teacher tidak pandai meminta-minta jauh sekali dari protes kerja, oleh itu harus lah kita respect mereka dengan seadanya. Mungkin ada yang bertanya kenapa Ibu tulis coretan ini. My Dearest Teacher tak pandai nak luah kecil hati mereka bila ada yang bercakap kasar dengan mereka but i know deep inside their heart they sad. Tidak salah bertanya tetapi cara kita bertanya perlu juga kita pertimbangkan perasaan mereka because My Dearest Teacher is only a human being just like us.

Terima kasih Ibu ucapkan kepada parents yang treat My Dearest Teacher nicely. My Dearest Teachert bukan minta dipuji-puji tetapi kita perlu pertimbangkan komited mereka terhadap profesion pendidikan awal kanak-kanak. Just think and consider what i'm trying to say....

Pokok oh pokok (4/12/08)







Pokok oh pokok kenapa engkau takde daun? Aku xde daun sebab aku ada baju... comel tak baju-baju yang tergantung kat dahan aku? Ada baju Yasmin, Gee, Azim, Anas, Amar dan akan bertambah lagi tunggu turn adik-adik lak nak gantung....tungguuu ya...

Wednesday, December 3, 2008

Abjad Potpouri 2-4 tahun (3/12/08)





Sambung projek semalam, membuat abjad menggunakan potpouri ibu yang cikgu Ani cilok. Nak kena cikgu Ani ni...potong gaji nanti. Anak-anak meletakkan potpouri ke atas abjad awal bagi nama mereka. Gambar takdapat nak ambik so besok ibu downloadkan untuk tatapan parents. Tunggu ya

Sampul Suratku (3/12/08)







Saki baki manila kad masih ada jadi mari kita membuat sampul surat. Sampul ini boleh dilekat didinding ataupun meja belajar. Selepas ini sudah boleh mereka cipta sampul surat sendiri dengan design tersendiri. Boleh jual kat kawan-kawan dengan harga 20sen.....

Tuesday, December 2, 2008

Aktiviti Kognitif : Menjahit Menggunakan Tali Kasut




Kognitif adalah salah satu aspek yang penting dalam perkembangan awal kanak-kanak. Pendedahan terhadap aktiviti yang menekankan soal mengenal, memadan sesuatu objek. Aktiviti menjahit menggunakan tali kasut untuk orang dewasa adalah mudah tetapi sukar bagi seorang kanak-kanak. Kosentrasi amat perlu sewaktu aktiviti ini. Koordinasi mata dan tangan bergabung untuk menjayakan aktiviti ini.

Aktiviti kognitif juga boleh dibuat di rumah seperti meminta anak memadankan stoking dengan pasangannya. Letakkan 3 pasang stoking yang berlainan warna /corak, letakkan dalam satu kotak dan minta anak kesayangan kita padankan. selamat mencuba

Mengecop guna tapak tangan (2/12/08)




Adik-adik buat aktiviti dekat bilik seni, abang kakak buat aktiviti mengecop kat luar. Fresh air....

Aktiviti Menampal Potpouri (2/12/08)




Hari ini aktiviti menampal potpouri ke abjad-abjad. Kena tampal sendiri tau... mula-mula cikgu Ani tunjuk lepas tu kita tampal sendiri

Persekitaran Al Khalaf









Selamat melawat secara maya ke Taska Al Khalaf. Persekitaran yang selesa untuk anak-anak bermain. Seperti yang selalu Al Khalaf tekankan kami bukan yang terbaik tetapi kami akan cuba yang terbaik untuk anak didik kami.

Monday, December 1, 2008

Tuesday, November 25, 2008

Kung Fu Al Khalaf With Chinese Lantern


Ini adalah hasil kreativiti anak-anak membuat topi dan lampu tanglung. Tak sia-sia mama belikan manila kad. Balik nanti bolehlah buat art class dengan mummy n daddy kat rumah.

Bolehlah gantung kat Al Khalaf, alamak bertambah berseri lagi Taskaku Syurgaku

Introducing The Cilik Team (1 - 2 Tahun)



Di perkenalkan The Cilik Team Juliana, Azmatun, Ilham, Rafiq dan Atiqah. Aikk mana Atiqah? ohhhhh ada projek melambai-lambai kat tepi sliding door.

Hari Hijau se Al Khalaf (25/11/08)








Pagi ini sungguh cerria kerana dapat bermain di padang sebab hari ceria. Pagi ini upacara memindahkan pokok kacang ke tepi pagar. Ada peluang untuk main tanah tanpa kena marah dengan cikgu.... mula-mula korek lubang sebesar kaki Danish, lepas tu pindahkan pokok kacang ke dalam lubang. Agak-agaknya pokok kacang kita ni boleh jadi besar macam pokok Jack tak?

Disebabkan hari ini Hari Hijau Se Al Khalaf jadi kenalah kita sama-sama bergotong-royong kutip sampah kat padang dan buang kat dalam plastik. alamak nampak comel la Al Khalaf...TaskaKu Syurgaku. Mama, Mummy, Ibu, Daddy, Abah, Papa tak nak joint?:p

Ok ka times up.... nak pergi sarapan lepas tu aktiviti.......

Monday, November 24, 2008

Aktiviti Membuat Kasut Gergasi (24/11/08)





Hari Isnin ni sejuk sebab dari pagi hujan turun dengan lebatnya. Lepas aje sarapan cikgu Ayu kata nak buat kasut gergasi. Manila kad pun dah ada, gunting dan gam dah tersedia apalagi masa untuk tunjuk bakat. Aiman dan Anas tengah kusyuk melukis patern kat kasut. Aiman kata kasut dia ada gambar spiderman tapi tengah tidurla....nanti mummy tengok ya

Danish kertas tu untuk lukis gambar bukan nak tekap tapak kaki. Emm patutlah kertas ni kecik ya cikgu Ayu.......

Ini hasil kreativiti Mira Dora.... kasut gergasi, cantik tak Ibu?

Saturday, November 22, 2008

Selamat Hari Lahir Gee, Omar & Najiha (21/11/08)




Selamat hari lahir yang ke 7 untuk gee dan ke 6 untuk omar. semalam sambutan hari lahir najiha tapi terlupalah pulak nak ambik gambar. Teacher Ibu doakan semoga anak-anak manis ini di berkati oleh ALLAH swt hingga ke akhir hayat dan semoga terus menjadi anak yang soleh/a.

Lepas ni sapa punya birthday pulak ye?nak kena check database ni.... marilah kita sambut hari lahir bersama-sama di Al Khalaf.

Wednesday, November 19, 2008

My Prince Charming & Princess (19/11/08)





Hari ini aktiviti membuat crown bersama abang dan kakak, adik ada aktiviti mewarna kat tingkat atas. Setelah berpenat lelah menghasilkan crown kini tiba masa untuk posing. Prince Azim, Amir, Aiman, Amar, Omar dan Anas bergaya sungguh. Princess Yasmin, Gee, Najwa dan Sakinah manis duduk bersimpuh. Alahai jatuh hati yang mana satu boleh buat menantu nih!
Born as a muslim is a gift and die as a mukmin is an achievement