.jpg)
.jpg)
4 aspek yang nyata terlihat dalam proses pembesaran kanak-kanak ialah aspek fizikal,bahasa,kognitif dan sosioemosi. Namun adalah mustahak untuk mengingati bahawa seseorang kanak-kanak mempunyai semua aspek yang berintegrasi. Pembelajaran ialah suatu proses seumur hidup yang terjadi dalam semua aspek perkembangan seseorang kanak-kanak.
Fizikal: Perubahan yang berlaku dari segi bentuk dan saiz;kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan.
Bahasa: Perubahan dari tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindak balas kepada stimuli.
Kognitif: Keupayaan kanak-kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah.
Sosio-Emosi: Keupayaan kanak-kanak bergaul,berinteraksi dan meluahkan perasaan.
.jpg)
Memperkenalkan chef kesayangan Al Khalaf. Masih muda pada telatah tapi kalau kira umur takut nak bagitau :p Manis bertudung ala-ala bibik mmmm cantik tudung. Senyuman lebar macam ni akan menghasilkan makanan yang lazat dan berkhasiat. Kalau tak makan sayur tak dapat lihat senyuman lebar ni kena jegil mata lagi ada.....segala urusan untuk mengenali lebih lanjut sila hubungi boss dulu.....
16 hb (Jumaat) aktiviti berenang untuk The Cilik Group (haziqah,atiqah,awin,julie,nurulain,rafiq,ilham dan ziqri)9am - 10.30am, sila bawa baju mandi +berus gigi+ubat gigi23hb (Jumaat) aktiviti berenang untuk playgroup9am - 10.30am, sila bawa baju mandi+berus gigi+ubat gigi30 hb (Jumaat) sambutan hari lahir untuk bulan Januari9am - 11.30am, pakaian baju kurung+baju melayuBirthday girl Nurul Ain 1 tahun, Misha Aishah 8 Tahun & Ibu muda tahun:p
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Salam perkenalan dari
little caliph n cute princess dari Al Khalaf.Gambar diambil mengikut kelas
Playgroup, 5 tahun dan 6 tahun. Turut serta adalah
the cilik group dibawah kelolaan cikgu ros.
Cikgu Ayu, cikgu Ani and me jengjeng akan mendidik kelas pg,5 n 6. Sessi P&P sudah bermula tetapi kasi yang ringan-ringan dulu untuk tidak membuat anak-anak ini terkena kejutan budaya. tapi dari pemerhatian ibu tahun ini anak-anak memang kecil dari segi fizikal tetapi dari semangat untuk belajar memang cukup besar..... nampak cutekan anak-anak ini lengkap dengan uniform baru yang ceria.perancangannya setiap anak Al Khalaf akan memakai uniform ini setiap hari isnin dan jumaat.kalau ada permintaan boleh pakai hari-hari tapi nampak gayanya kenalah beli 2-3 pasang uniform..amacam ada beranika?

Selamat Pengantin baru buat cikgu Ayu dan pasangannya Hafiz. Semoga berkekalan dan diberkati hingga ke akhir hayat. Ibu berkunjung kenduri di sg choh dan terjumpa dengan anne sefamily, daddymummy aiman sefamily & Iffairfan sefamily.
Selamat menyambut tahun baru 2009. 2008 telah kita tinggalkan dengan seribu kenangan manis dan pahit. Semalam mengajar kita erti sebuah persahabatan dan kasih sayang. Persahabatan antara anak murid dan guru berkekalan hingga akhir hayat dan sukar untuk dilupakan. Semoga kasih sayang dan persahabatan yang ikhlas ini berkekalan dan terus mekar mewangi.Bagi yang baru ingin mengenali Al Khalaf, silakan dan jangan malu untuk bertanya-tanya perancangan mendatang Al Khalaf. Sepuluh jari kami hulurkan dengan ikhlas sebagai tanda persahabatan yang baru terjalin.Semoga 2009 yang menjelang tiba akan lebih ceria dan meriah aktiviti untuk kita bersama. Teruskan menyokong perjuangan Al Khalaf dan harap maaf jika terdapat kekhilafan dari pihak Al Khalaf
Selamat Tahun Baru 1430H.
Semoga tahun ini akan bertambah ketakwaan kepada ALLAH
dan dipermudahkan dalam setiap urusan kehidupan.
Taska Al Khalaf & Staff
Born as a muslim is a gift and die as a mukmin is an achievement