Tuesday, June 30, 2009

Bakal-Bakal Cendiakawan Islam




Tahniah buat anak-anak yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan semester 1 yang lepas. Keputusan penuh:

6 Tahun: 1.Najwa 2.Anas 3.Syamil

5 Tahun: 1.Danish 2.Umairah 3.Aiman
Playgroup: 1.Annisa 2.Syafiqa 3.Syasya

Friday, June 26, 2009

Selamat Hari Lahir Ahmad Syamil






Hari ini sambutan hari lahir bulan Jun dan kebetulan hanya syamil sahaja ahlinya. Makanan pun istimewa pulut kuning+kari ayam+kuih muih+kek...mmmm memang sedap cuma jangan sampai semput sudahlah..

Sebenarnya sepanjang bulan ini pelbagai aktiviti dilaksanakan tetapi atas dasar kesihatan maka banyak peristiwa yang tidak di upload disini.Sepanjang cuti sekolah hari tu ada pertandingan mewarna ikut kategori, cinema day dan juga senamrobik.Jadi ibubapa janganlah rasa anak2 manja ni takde aktiviti cuma cikgu ibu masih tak larat nak menatap laptop lama2 mulah pusing semacam.

InsALLAH akan cuba upload gambar rombangan ke Menara KL dan pelbagai reaksi yang menarik sewaktu rombongan tersebut. Di kempatan ini Taska Al Khalaf nak ucapkan pada Mama Najwa _ hazizah yang menimang cahayamata baru-baru ini. Semoga cepat sihat dan bergembira dengan Charlies Angle...

Monday, June 1, 2009

SALAD BUAH-BUAHAN + BIRTHDAY MEI










Selamat Hari Lahir buat Aiman, Annisa, Amira dan Ilham. Semoga terus diberkati oleh ALLAH dan membesar jadi anak yang soleh dan solehah. Pagi Jumaat ini bermula dengan aktiviti membuat salad buah-buahan sesuai dengan tema bulan ini iaitu makanan berkhasiat. Taska Al Khalaf dah macam kedai buah-buahan lak...ada buah epal hijau + merah, pear, jambu, nenas, betik, anggur, tembikai merah + kuning. Seronok anak-anak ini diajar untuk membuat salad buah-buahan, di samping itu juga diterangkan khasiat yang diperolehi dari memakan buah-buhan tersebut.

Sebelah petang pulak sambutan hari lahir untuk bulan mei dan tema pakaian adalah warna merah. Terima kasih pada Acu, Daddy+mummy dan mama ilham yang telah menaja makanan untuk majlis tersebut.

Sunday, May 17, 2009

SAMBUTAN HARI GURU










Hari Jumaat Al Khalaf dan anak-anak telah mengadakan sambutan sempena mengenang jasa guru-guru comel mereka.Sedikit jamuan dan bacaan doa telah dijalankan .Disamping itu juga upacara menyampaikan hadiah dari anak-anak kepada guru-guru mereka. Terima kasih atas tanda ingatan anak-anak dan ibubapa. Semoga guru-guru Al Khalaf akan terus cemerlang dalam mendidik anak-anak comel ini.

Friday, May 8, 2009

Biskut Buah Hatiku



















Hari ini 8hb dan seperti yang dirancang maka akan berlangsunglah aktiviti membuat biskut khas untuk ibu -ibu yang tersayang sempena sambutan hari ibu. Biskut yang dihasilkan mungkin tidak secantik dan sesedap buatan profesional tetapi adunan ini istimewa kerana dihasilkan dengan penuh kasih sayang khas untuk ibu-ibu oleh anak-anak yang comel ini.

Cilik group pun joint sekaki tapi uli doh untuk buat capati je......zikri disebabkan keletihan menguli tepung maka iki telah menggunakan kaki untuk menguli tepung....

Thursday, May 7, 2009

TAKWIM BULAN MEI

8hb - Membuat biskut buah hatiku (sempena Hari Ibu)
sila bawa apron + bekas kuih

15hb - Sambutan Hari Guru
sila bawa hadiah untuk guru-guru ahaks.....

18 - 22hb - Minggu IQ (Playgroup, 5 tahun + 6 tahun)

23hb - Lawatan ke Menara Kuala Lumpur
sila jelaskan yuran kalau nak ikut......

29hb - membuat Salad Buah-buahan
- sambutan hari Lahir Bulan Mei (Aiman, Annisa, Amiera + Ilham)
Tema pakaian warna merah

Monday, April 27, 2009

HARAP MAAF UNTUK SEMUA

Assalamualaikum buat ibubapa yang selalu melawat blog taska untuk melihat aktiviti anak-anak kesayangan mereka seakan ketinggalan maklumat kebelakangan ini. Seribu kemaafan dari cikgu Ibu dan pihak taska. Sedikit keuzuran yang menyebabkan blog hampir sebulan tidak di update. Ini bukan bermakna aktiviti juga sejuk beku, aktiviti tetap berjalan seperti biasa seperti jogging, kraftangan, swimming dan bermacam-macam lagi cuma tidak berupaya untuk upload ke blog.

Terasa sungguh bila nikmat kesihatan yang ALLAH pinjam kat kita kena tarik walaupun seketika. Sakit pun bukanlah teruk sangat tetapi tahap mental kita untuk melawan penyakit tu kira ada down sikit itu pasallah makin teruk.....hahaha nothing serius maaa.....

Anyway insaALLAH bulan mei akan dipenuhi dengan aktiviti bertemakan makanan so ada buat biskut buah hati (uli n baked tau), salad buah-buahan dan kalau ada rezeki lawatan ke Menara KL so dear parents sila tunggu n the best part is siapkan ongkosnya..... wassalam

Wednesday, March 18, 2009

Aktiviti Berenang





Hari Selasa 17hb adalah hari yang menggembirakan buat anak-anak Al Khalaf kerana dapat berenang di BBGC. Cuaca pun sungguh indah seolah-olah mengalu-alukan niat anak-anak yang tertunda minggu lepas.

Anak-anak yang cuti sekolah turut serta dalam aktiviti ini.

Sunday, March 15, 2009

Born as a muslim is a gift and die as a mukmin is an achievement