.jpg)
Menggunakan benda2 terpakai seperti sudu sabun untuk dijadikan hasil kreativiti.Sudu tersebut mestilah dibersihkan dan dikeringkan terlebih dahulu.Keselamatan, kebersihan mestilah diutamakan selain dari keseronokan...

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Hari ini aktiviti mengenal dan menyebut anggota badan menggunakan bahasa inggeris. Teruja anak-anak sehinggakan tersalah sebut nama anggota badan....biasalah Iqbal suka sebut lain tunjuk lain...sebut
hand tapi tunjuk kat
kepala...
Wahhh..Naqib senyum lebar, senyum manis dari Najiha dan Adam Mirza. Naqib dan Adam pun sekarang semakin selesa untuk belajar dan semakin maju dalam P&P...sayang teacher
Assalamualaikum ibubapa dan anak-anak Al Khalaf, selamat tahun baru 2010 dan semoga kita terus maju melangkah ke hadapan. Aktiviti tahun 2010 akan lebih ceria, bermaklumat dan semoga dapat sokongan dari ibubapa.
Selamat datang kepada anak-anak yang baru mendaftar dengan Al Khalaf dan buat anak-anak yang melangkah ke alam persekolahan seperti syamil, hakim dan najwa ibu doakan semoga terus berjaya didunia dan akhirat.
Takwim Januari akan dikeluarkan tidak lama lagi jadi tunggu.....
Tema: Muhasabah Diri dan azam baru2/12: Menonton wayang 2 filem19/12: Membuat kuih donut ummph23/12: Jogging + kraftangan30/12: Sambutan hari lahir disember (Zulaikha, Iqbal, Hazikah, Airen Nisrina)Tema pakaian: kuning* jangan lupa untuk mendaftar kelas
playgroup dan
interactive group bagi sesi 2010*
Tanpa kita sedari hujung tahun sudah menggamit kita untuk menghampirinya. Rasanya macam baru semalam kita memulakan di awal tahun.... pantas masa berlalu. Perkembangan anak-anak Al Khalaf juga terus mekar mewangi, cabaran tetap ada dalam menangani anak-anak ini. Anak-anak punyai keletah, pemikiran, kreativiti yang berbeza dan persamaannya cuma sentiasa inginkan perhatian dan kasih sayang dari setiap gurunya(kalau di taska).
Untuk menjadi seorang pendidik yang berkualiti perlukan kekuatan untuk terus maju. Memajukan diri dan sekaligus anak-anak didik yang merupakan amanah . Istiqomah...... setiap dari kita perlu menilai secara jujur adakah kita seorang pendidik yang baik? baik yang bagaimana? Mengikut Ibnu Khaldun seorang cendiakawan Islam...didiklah anak-anak mengikut acuan syariatIslam dan kita tidak akan gelisah jika anak bebas terbang dari pandangan kita, mereka tetap membawa syariat Islam yang menjamin keperibadian mereka. fikir-fikirkan...
Born as a muslim is a gift and die as a mukmin is an achievement