Wednesday, November 9, 2011

HARI KECEMERLANGAN TASKA & TADIKA AL KHALAF

Setelah sekian lama blog ini menyepi tapi tidak bermakna tiada aktiviti....pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tahun 2011 ini. Acara kemuncak adalah hari kecemerlangan taska dan tadika, pastikan ibu dan bapa dapat menghadirkan diri....

Tarikh: 19 nov 2011
Masa: 8.30 - 10.30 pagi
Tempat: No 11, jalan melur 1b bukit beruntung

Friday, January 28, 2011

Sambutan hari lahir bulan Januari













Hari ini 28hb merupakan sambutan hari lahir untuk bulan januari iaiatu Ana, Ain, Hafiy, Adam, Teacher Zana dan Teacher Ina. Menu hari ini nasi minyak, ayam, keropok,kek, tembikai dan air selasih..yummy yummy...terima pada ibubapa yang telah bermurah hati untuk menaja makanan anak2 hari ini.

Semoga anak2 ini terus membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh/a kepada ibubapa...

Friday, January 21, 2011

Projek bumi hijau...berkebun















Hari ini 21hb aktiviti berkebun telah dapat dilaksanakan dengan gembiranya.Anak-anak diberi tugasan untuk menanam pokok2 yang telah ditaja oleh ustazah Nor untuk ditanam.Ada pokok puding,kari,bunga melor dan pokok nona.Aryan dan Yusof telah diberi penghormatan untuk menanam pokok nona dan semoga ia tumbuh dan membesar seceria aryan dan yusof.

Projek ini tidak terhenti disini kerana masih banyak lagi yang ingin disemai seperti pokok kacang panjang,bendi,kailan,cili dan juga perancangan untuk membuat taman herba.Jikalau sesiapa yang mempunyai benih untuk disedekahkan janganlah malu2 untuk memberinya...aktiviti sihat ini secara tidak langsung mendidik anak2 untuk mencintai alam sekitar dan menghargai keindahn bumi ciptaaNYA.

Hasil tanaman ini nanti akan jadi kebangaan dan motivasi untuk anak2 ini melakukan aktiviti berkebun dimasa hadapan.

Monday, January 10, 2011

Takwin Januari

Selamat tahun baru 2011,semoga tahun baru yg mendatang ini akan memberikan suntikan semangat untuk Al Khalaf maju setapak lagi. Alhamdullilah Tadika Al Khalaf akan beroperasi secara berasingan.Proses kemaskini masih lagi berjalan dan minta maaf atas kelewatan dan ketidak selesaan yang berlaku.

Kelas telah berjalan seperti dirancang mulai 3hb lagi.Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh guru2 Al Khalaf jadi ibubapa sila beri kerjasama ya...buku nota aktiviti untuk setiap murid akan dibekalkan jadi maklumat akan disalur melalui buku nota tyersebut maka silalah periksa beg anak2 anda selalu...

14hb - aktiviti jogging sekitar jalan melor (pakaian sukan dan berkasut)
21hb - bumi hijau..berkebun
28hb - sambutan hari lahir Januari haziqah, Ana, Hadiff, Adam Zulkifle, Teacher Zana
n Teacher Ibu

Sunday, December 26, 2010

sambutan hari lahir bulan disember
















Hari jumaat 24hb sambutan hari lahir untuk anak2 bulan disember iaitu hazikah dan hadif. Kek pun secomel anak2 ini dan rasanya pun sedapppp...makanan pun istimewa iaitu nasi impit kuah kacang dan kuah lontong.semoga hazikah dan hadif menjadi anak soleh dan soleha...

operasi kutu





hari ini jumaat 24hb setelah dipersetujui maka operasi kutu telah dilaksanakan.setiap anak2 Al Khalaf dikehendaki membawa shower cap untuk tujuan pembungkusan kepala. comel sungguh anak2 ini bila memakai shower cap.

Saturday, December 18, 2010

picnic day





















hari ini jumaat 17hb,hari cerah sekali maka aktiviti berkelah yang dirancang dapat dijalankan. Semua anak2 terlibat termasuk yusof,aryan dan muaz.Mula2 senaman taichi bersama master leen dan lepas tu aktiviti makan2....ada kentang lecek,coslow(betul ke ejaan ni),roti telur,puding roti,jelly dan bubur nasi.Memang happening anak2 ni...
Born as a muslim is a gift and die as a mukmin is an achievement