Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI

SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI DARI TEACHER INA & TEACHER2 AL KHALAF. JIKALAU TERDAPAT SALAH DAN SILAP HARAP DIMAAFKAN. SEMOGA SEMUA BAHAGIA SEMASA SYAWAL MENJELMA DAN SILA PANDU CERMAT KETIKA PULANG KE KAMPUNG HALAMAN.

Friday, September 4, 2009

Waktu Operasi & Cuti Raya

Waktu operasi sepanjang Ramdhan

Isnin - Jumaat : 6.45 am - 6pm
Sabtu : 7am - 1pm


Cuti Hari Raya
19/9 (sabtu) - 27/9 (Ahad)
28/9 (Isnin) beroperasi seperti biasa

Ramadhan Al Mubarak

Selamat berpuasa dan semoga puasa kita dan ibadat kita diterima oleh Allah. Dikesempatan bulan yang mulia ini adalah medan untuk kita membuat pembetulan atas diri kita, yalah syaitan dah diikat tapi jangan lupa nafsu masih ada. Waktu inilah kita dapat melihat diri kita yang sebenar dan hasil seni syaitan pada diri kita...haha....betulkan...sendiri mau ingat aa... dalam bulan nilah perut dapat rehat dan buat overhaul dan begitu jugalah kita kena overhaul pada diri kita. Kenalah rajin-rajinkan kaki melangkah ke rumah Allah dan dengar tazkirah untuk santapan rohani. Mulut dan perut kita isi dengan ayam goreng, ayam percik, nasi kerabu, nasi lemak, roti john dan sebagainya maka rohani juga perlu santapan. Bukan nak mengajar cuma nak peringat terutama kat diri sendiri.

Sepanjang bulan Ramadhan ni P&P anak-anak berjalan seperti biasa mengikt jadual cuma aktiviti luar dikurangkan. Ya lah nanti takut kantoi ditengah jalan terutama buat anak-anak yang berusia semuda 4 tahun yang berpuasa. Syabas untuk ayah & ibu pada Syafiqah, Umairah yang menggalakkan anak kesayanagan mereka yang berusia 4 tahun untuk berpuasa. Sedih dan gembira melihat anak-anak ini berpuasa tanpa banyak kerenah. Adalah digalakkan untuk mendidik anak semuda ini untuk berpuasa dan memang tidak WAJIB untuk mereka berpuasa. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebung. Maaf jika ada yang terasa.... tapi itu hakikat dan proses pembelajaran yang kita sebagi ibubapa mesti berani untuk praktik pada anak kesayangan kita. Sayu hati melihat anak2 kecil ini bila lesu keletihan tetapi semangat juang mereka itu tinggi dan seharusnya kita memberi suntikan untuk mereka terus bersemangat menjadi muslim yang sejati suatu hari nanti.

Walau apapun kita telah melangkah ke 15 Ramadhan dan tinggal beberapa hari sahaja untuk melangkah ke 10 malam yang terakhir. Semoga kita diberi kekuatan mental dan fizikal untu terus beribadat , meminta ampun dan dipertemukan dengan malam lailatul qadar. Rebutlah peluang ini kerana kita tidak tahu mungkin ini ramadhan kita yang terakhir.....wassalam
Born as a muslim is a gift and die as a mukmin is an achievement