Thursday, February 26, 2009

Sambutan Hari Lahir Bulan Febuari









Tiada kata seindah bahasa untuk mengungkap telatah anak-anak manja ini cuma gambar dan video yang mampu mengukir seribu pengertian.Selamat hari lahir buat Cikgu Ani, Azim, Yasmeen dan Anas. Semoga anak-anak kesayangan ibu akan terus berjaya dan diberkati di dunia dan akhirat. Silalah lihat telatah anak-anak manis lagi bijak bestari ini.

Wednesday, February 25, 2009

Cop Jari Ala Picaso





Hari ini 26 hb playgroup membuat aktiviti kraftangan. Mewarna menggunakan cop jari. Gambar yang digunakan adalah buah epal, yummy yummy. Sebelum mengecop langkah keselamatan perlu diambil berat maka dengan itu perlu pakai apron buatan sendiri iaitu suratkhabar lama

Saturday, February 21, 2009

Perkembangan Emosi & Psikologi Kanak-Kanak Melalui Faktor Persekitaran



Emosi adalah suatu bentuk daya kognitif yang terbentuk dan berkembang secara peringkat demi peringkat semenjak awal kelahiran. Perkembangan ini akan berlaku kepada kanak-kanak secara 2 peringkat; iaitu peringkat emosi idea dan juga peringkat emosi pemikiran.

Fasa pertama peringkat Emosi Idea

Peringkat ini menggambarkan bahawa ekspresi penyampaian emosi adalah berada di peringkat permulaan. Manusia menyampaikan emosinya secara tidak sedar dan ia keluar daripada naluri semula jadi di bawah sedar. Melalui konteks ini, seorang kanak-kanak dapat merasakan sesuatu perasaan tetapi tidak dapat menyatakan mengapa, bagaimana dan siapa yang menyebabkan timbulnya perasaan tersebut. Emosi yang disampaikan lebih dalam bentuk tindak balas gerakan fizikal.

Fasa kedua Emosi Pemikiran

Emosi akan berkembang ke peringkat yang seterusnya iaitu apabila seseorang mampu mengaitkan emosi dengan pemikiran. Pengalaman daripada apa yang dilihat, didengar dan dialami direkodkan secara langsung sebagai reaksi emosi. Reaksi-reaksi tersebut akan disimpan dalam memori yang akan digunakan dalam proses pemikiran kelak.

Pada peringkat awal kanak-kanak, berkebolehan di dalam memahami emosi. Pengawalan emosi kanak-kanak mula meningkat termasuklah kemampuannya untuk menerima kekecewaan, penolakan serta menjadi seorang yang fleksibel dalam mengawal emosi dan seterusnya dorongan.

FAKTOR PERSEKITARAN UMUM YANG MERANGSANG EMOSI

Model Ekologi Bronfenbrenner mengklasifikasikan peringkat-peringkat persekitaran yang mempengaruhi individu kepada 5 peringkat berikut:

Mikrosistem: Merupakan lapisan persekitaran dalaman yang merujuk kepada aktiviti dan interaksi yang melibatkan hubungan secara langsung. Kebanyakan kanak-kanak, mikrosistem mungkin terhad kepada hubungan dengan keluarga sahaja. Persekitaran tersebut akan berkembang ke arah yang lebih kompleks seperti yang sering berlaku di pusat asuhan taska, tadika, pergaulan rakan sebaya dan pemerhatian dalam aktiviti permainannya. Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak hanya terpengaruh dengan individu-individu dalam kategori mikrosistem semata-mata. Mereka juga turut terkesan dengan perwatakan biologi dan sosialnya sendiri seperti tabiat, perwatakan fizikal, pembawaan dan bakatnya berinteraksi di antara dua individu yang berlainan di dalam satu kelompom yang sama.

Mesosistem: Terletak di lapisan kedua yang merujuk kepada hubungan dalaman di kalangan mikrosistem seperti hubungan di rumah, sekolah dan rakan sebaya. Bronfenbrenner berpendapat bahawa lapisan ini mempunyai hubungan yang kuat dengan lapisan mikrosistem. Ia boleh meningkat apabila adanya sokongan dan kestabilan mikrosistem.

Eksosistem: Ini amat berbeza dengan apa yang berlaku pada peringkat seterusnya iaitu eksosistem. Faktor ini merupakan konteks di mana kanak-kanak atau remaja adalah bukan terletak di dalam lapisan ini. Tetapi secara tidak langsung dapat mempengaruhi perkembangan mereka.

Makrosistem: Ia adalah konteks budaya atau kelas sosial yang terkandung di dalam mikrosistem, mesosistem dan eksosistem. Ia adalah ideologi yang benar-benar luas dan menentukan tentang bagaimana anak-anak perlu diuruskan, apa yang patut dianggap pada diri mereka dan apa matlamat yang perlu mereka usaha dan capai akhirnya. Dengan ini, di antara sesebuah budaya dengan budaya lain selalunya berbeza kerana setiap satunya mempunyai pendirian atau corak budaya tersendiri.

Kronosistem: Merupakan peringkat yang menekankan bahawa perubahan pada seseorang atau konteks perkembangan ekologinya boleh memberi kesan terhadap perkembangan emosinya. Contoh: Perubahan kognitif dan biologi seseorang anak pada peringkat remaja boleh menyebabkan konflik di antara golongan remaja dan ibu bapanya.

Secara kesimpulannya, perkembangan emosi seseorang kanak-kanak yang melalui peringkat pertumbuhan fizikal yang merangkumi faktor persekitaran yang positif boleh meransang perkembangan emosi yang stabil dan baik.

sumber: anakku.net

Jogging 20 Febuari

Senamrobik





Aktiviti hari jumaat 20 hb adalah senamrobik. Pagi-pagi lagi anak-anak dah bersedia untuk aktiviti pemanasan badan dan jogging. Selepas sarapan pagi baru acara senamrobik Al Khalaf akan dijalankan. Hari ini Al Khalaf dapat kawan baru bernama Adam, oklah selamat berpeluh...

Wednesday, February 18, 2009

Contengan Crayon





Kelas 6 tahun membuat aktiviti seni iaitu menggunakan crayon. Garisan2 dilukis menggunakan crayon. Pilihan warna yang terang digunakan untuk merangsang minda anak2 ini dan sebagai aktiviti release tension. Jangan kata anak2 ini tidak ada stress, mereka juga ada tekanan terutama apabila proses P&P berjalan. Aktiviti seni atau kreativiti adalah tempat luahan hati dan idea anak2. Hasil crayon ini juga boleh dimanipulasi untuk dijadikan kertas pembalut hadiah. Boleh jimat RM1 dan anak2 rasa bangga apabila hasil seni mereka digunakan.

Mari uli tepung bersama My Chef




Playgroup & Others sibuk di atas jadi The Cilik Group pun sibuk juga di bawah. Hari ini Ilham tak datang juga so korum tak cukup but program must on. Hari ini aktiviti menguli playdough. Aktiviti ini merangsang jari dan mata anak2. Kelakar tengok hidung rafiq dan atiqah ada tepung.

Cilik Group best sambil uli doh telinga dialunkan dengan muzik2. Selamat menguli...

Topeng oh topeng






Hari ini 19 febuari, anak2 dari playgroup ada aktiviti membuat topeng.Tapi sebelum itu kena belajar mengenal nombor dulu. Macam2 bunyi ada bila flashcard nombor ditunjukkan, tunjuk lain bunyi lain. Iqbal memang tak boleh tunjuk nombor guna jari sebab kalau tanya apa yang cikgu tunjukkan menggunakan jari bukan nombor yang disebut tapi katanya jarilah cikgu Ani.hehe iqbal memang pandai.

Hari ini anak2 bawa getah dari rumah untuk buat aktiviti topeng. Kecoh masa buat topeng dan hasilnya silalah lihat. Itu topeng ke apa??

Saturday, February 14, 2009

Puteraku si Cindur Bestari



Hari ini 14hb Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya mengadakan hari kecemerlangan. Dapat jemputan kerana putera sulungku dapat anugerah, tak tau pun anugerah apa tapi cikgu beriaya2 minta ambik anak di asrama untuk menerima sendiri anugerah tersebut. My beloved hubby pun terbang laju ambik puteraku di Ipoh.

Menitik air mata ini bila dapat tahu anugerah itu adalah anugerah Cindur Bestari. Ianya merupakan penghormatan untuk tokoh pelajar. Tahniah dan semoga terus berjaya wahai puteraku. Tak sia2 lah pengorbanan puteraku dan sefamily puasa menonton tv untuk setahun kerana nak ambil UPSR tahun lepas. Aku dikatakan strict sangat pasal puasa tv tapi aku buat juga demi kebaikan. Alhamdulilah hasilnya dapat dilihat hari ini dan semoga terus maju dan diberkati puteraku dunia dan akhirat. Hari ini juga hari rezeki kerana puteraku terpilih sebagai salah seorang pelajar di sekolahnya untuk mengikuti program Tahfis Sains.Semoga kejayaan putera sulungku dapat diwarisi oleh my charming Azim.

Membesarkan anak ini bukanlah mudah dan tiada kata2 yang sesuai untuk menggambarkannya hanya yang memegang gelaran ibu/mama/mak/umi/abah/papa/ayah/abi sahaja yang memahaminya. Setiap dari kita inginkan yang terbaik untuk anak kesayangan dan adakalanya doa kita dimakbulkan dan ada yang sebaliknya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan kita harus redha. Anak adalah sebahagian dari ujian ALLAH kepada kita.Cuma kita boleh jadikan garis panduan mendidik anak mengikut pesan Nabi Muhammad SAW iaitu bermainlah kamu dengan anak2 kamu ketika 7 tahun yang pertama, 7 tahun yang kedua kita tekankan soal disiplin dan 7 tahun seterusnya jadilah kawan kepada mereka. Islam telah menggariskan buat kita dan tinggal kita praktikkan. Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan ibu bapa yang lain.Coretan ini bukan untuk bermegah sekadar untuk berkongsi pengalaman.

p/s Anne thank you very much sbb tlg ambik gambar n may ALLAH bless our children.

Perhimpunan Pengusaha2 Taska Selangor



Jumaat 13hb bertempat di Bilik Gerakan Tingkat 2, Bangunan Annex, Bangunan SSAAS Shah Alam. Taklimat dan forum berkenaan undang2 serta permasalahan yang dihadapi oleh pengusaha2 taska.

Masalah jangan cerita memang banyak mengalah Hikayat Seribu Satu Malam, itu biasalah. Tetapi yang lebih penting adanya ruang untuk perbincangan dua hala yang diusahakan oleh pihak Persatuan Taska Negeri Selangor.

Sempat bersembang dengan YB Rodziah Ismail dan dapat jumpa kawan2 lama dari KAAK best gak. Nak juga highlight pasal OSCC. Apa tu coklat ke? OSCC bermaksud One Stop Crisis Centre tempat untuk mangsa2 rogol, dera dan yang teraniaya untuk diberi rawatan, perlindungan dan yang penting keadilan. Hospital yang mempunyai OSCC adalah seperti Hospital Kajang, Serdang, Sungai Buluh, Ampang, Selayang dan Tengku Ampuan Rahimah. Jikalau kita dapat kesan atau lihat mangsa yang teraniaya kita just refer kat OSCC di hospital yang tersenarai di atas. Bantuan sebegini adalah penting bagi menyelamatkan mangsa yang kita tidak tahu mungkin terdiri dari orang yang kita kenal atau rapat.

Aktiviti Titik Menitik :p






Hari ini hari khamis 12 hb....jeng jeng birthday my charming azim.Happy birthday sayang.Opps ada iklan lak biasalah penaja mesti guna kuasa veto. Ok back to the track...hari ini aktiviti kreativiti untuk kelas 6 tahun menggunakan putik kapas .Mmmmm...jom kita lihat, putik kapas digunakan untuk mewarna tetapi menggunakan teknik titik.

Lukisan dasar iaitu gambar ikan dilukis dan diwarnakan dengan teknik titik. Ketelitian dan kesabaran dapat dilihat melalui hasil lukisan itu nanti. Hasil lukisan ada di tampal di pintu hadapan. Kalau nak cuba kat rumah pun boleh....

Friday, February 6, 2009

Jogging oh jogging











Pagi jumaat yang indah ini aktiviti panas badan dulu kat dalam taska dengan iringan musik chicken dance. Cilik Group pun tumpang dua kaki buat senaman, rafiq bersemangat sekali....berpeluh gakkkk.. lambat sikit bertolak sebab tunggu fiqa dan iqbal. 8.45am baru bertolak dari pintu pagar taska. Seronok dapat bawa keluar anak-anak ini melihat persekitaran.Ibu nak ucapkan terima kasih pada parent2 yang sanggup beli anak-anak kesayangan mereka kasut semata-mata untuk jogging.Tahniah kerana anda memberi kerjasama yang besar dalam perkembangan anak-anak anda.Sepanjang jogging tu macam-macam komen keluar dari mulut anak-anak ni,kelakar. Perhatian yang lebih sikit kat fiqa dan iqbal sebab malam tadi ada sikit semput tapi bila ambik gambar sempat senyum maut lagi.syasya dan bella selalu beriringan kat belakang sekali sebab sibuk mengintai anjing yang besar kat jalan inai ni tapi berikat dan duduk kat dalam pagar la.

Thursday, February 5, 2009

Carrot Day









Hari ini Playgroup kena bawa lobak dan kentang untuk aktiviti kerastangan. Cikgu Ani n geng bertungkus lumus membuat design kat lobak dan kentang.Hasilnya kentang dan lobak dapat diguna sebagai alat mengecop.... dalam banyak-banyak lobak dan kentang lobak iqbal paling comel sebab kontot sangat macam tak cukup baja je.Malangnya tak sempat nak ambil gambar.
Born as a muslim is a gift and die as a mukmin is an achievement