Monday, November 30, 2009

TAKWIN DISEMBER

Tema: Muhasabah Diri dan azam baru

2/12: Menonton wayang 2 filem

19/12: Membuat kuih donut ummph

23/12: Jogging + kraftangan

30/12: Sambutan hari lahir disember (Zulaikha, Iqbal, Hazikah, Airen Nisrina)
Tema pakaian: kuning

* jangan lupa untuk mendaftar kelas playgroup dan interactive group bagi sesi 2010*

Sunday, November 15, 2009

Yusuf Mukmin






Tepat jam 7.45malam ,jumaat 13 hb november penantian seorang ibu berakhir dengan kehadiran anakanda tercinta Yusuf Mukmin. Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat2 serta kenalan yang mendoakan yang terbaik untuk ibu dan Yusuf.

Yusuf kecik je cuma 2.35kg......ialah ibu semasa mengandungkan yusuf mendapat tekanan darah tinggi jadinya bayi tidak akan melebihi 2.5kg.Pengalaman melahirkan yusuf kelakar pun ada sebabnya air tetuban dah pecah pun masih sempat menjenguk putra sulung di sekolah izuddin ipoh dan shopping beg di greentown.sebab dah janji dengan putra sulung nak datang jadi tawakal je...Alhamdulilah segala urusan beres dan dipermudahkan dan melahirkan yusuf pun hanya sakit dalam 1jam sahaja .mungkin lain kali cerita lagi dan buat sementara waktu terpaksalah posting tentang aktiviti anak2 al khalaf bercuti. Aktiviti sepanjang cuti sekolah ni sudah disusun dan diuruskan dengan penuh dedikasi oleh setiap guru di Al Khalaf so jangan risau cuma updated news je yang takde.

Thursday, November 12, 2009

Anak oh anak

Tanpa kita sedari hujung tahun sudah menggamit kita untuk menghampirinya. Rasanya macam baru semalam kita memulakan di awal tahun.... pantas masa berlalu. Perkembangan anak-anak Al Khalaf juga terus mekar mewangi, cabaran tetap ada dalam menangani anak-anak ini. Anak-anak punyai keletah, pemikiran, kreativiti yang berbeza dan persamaannya cuma sentiasa inginkan perhatian dan kasih sayang dari setiap gurunya(kalau di taska).

Untuk menjadi seorang pendidik yang berkualiti perlukan kekuatan untuk terus maju. Memajukan diri dan sekaligus anak-anak didik yang merupakan amanah . Istiqomah...... setiap dari kita perlu menilai secara jujur adakah kita seorang pendidik yang baik? baik yang bagaimana? Mengikut Ibnu Khaldun seorang cendiakawan Islam...didiklah anak-anak mengikut acuan syariatIslam dan kita tidak akan gelisah jika anak bebas terbang dari pandangan kita, mereka tetap membawa syariat Islam yang menjamin keperibadian mereka. fikir-fikirkan...

Tuesday, November 3, 2009


Minggu IQ bermula..... hari pertama aktiviti cop mengecop dulu. Bagi yang mudah-mudah supaya tidak stress. Iqbal pun dah masuk balik setelah 2 bulan bercuti(umi yang bersalin tapi Iqbal pun cuti sama). Ada macam-macam reaksi sebenarnya tapi tak sempat nak ambil gambar, aktiviti paling banyak berlaku masa minggu IQ ni adalah korek hidung atau gigit kuku sebab tak tau nak jawab. Kalau salah jawab nanti teacher marah...aduhhh pening....

Born as a muslim is a gift and die as a mukmin is an achievement