Saturday, February 14, 2009

Puteraku si Cindur Bestari



Hari ini 14hb Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya mengadakan hari kecemerlangan. Dapat jemputan kerana putera sulungku dapat anugerah, tak tau pun anugerah apa tapi cikgu beriaya2 minta ambik anak di asrama untuk menerima sendiri anugerah tersebut. My beloved hubby pun terbang laju ambik puteraku di Ipoh.

Menitik air mata ini bila dapat tahu anugerah itu adalah anugerah Cindur Bestari. Ianya merupakan penghormatan untuk tokoh pelajar. Tahniah dan semoga terus berjaya wahai puteraku. Tak sia2 lah pengorbanan puteraku dan sefamily puasa menonton tv untuk setahun kerana nak ambil UPSR tahun lepas. Aku dikatakan strict sangat pasal puasa tv tapi aku buat juga demi kebaikan. Alhamdulilah hasilnya dapat dilihat hari ini dan semoga terus maju dan diberkati puteraku dunia dan akhirat. Hari ini juga hari rezeki kerana puteraku terpilih sebagai salah seorang pelajar di sekolahnya untuk mengikuti program Tahfis Sains.Semoga kejayaan putera sulungku dapat diwarisi oleh my charming Azim.

Membesarkan anak ini bukanlah mudah dan tiada kata2 yang sesuai untuk menggambarkannya hanya yang memegang gelaran ibu/mama/mak/umi/abah/papa/ayah/abi sahaja yang memahaminya. Setiap dari kita inginkan yang terbaik untuk anak kesayangan dan adakalanya doa kita dimakbulkan dan ada yang sebaliknya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan kita harus redha. Anak adalah sebahagian dari ujian ALLAH kepada kita.Cuma kita boleh jadikan garis panduan mendidik anak mengikut pesan Nabi Muhammad SAW iaitu bermainlah kamu dengan anak2 kamu ketika 7 tahun yang pertama, 7 tahun yang kedua kita tekankan soal disiplin dan 7 tahun seterusnya jadilah kawan kepada mereka. Islam telah menggariskan buat kita dan tinggal kita praktikkan. Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan ibu bapa yang lain.Coretan ini bukan untuk bermegah sekadar untuk berkongsi pengalaman.

p/s Anne thank you very much sbb tlg ambik gambar n may ALLAH bless our children.

2 comments:

Anne Remy said...

kak ina,
walawehh... meremang bulu roma den dongar mc baca intro utk abg afiq, cam tokoh maal hijrah... nak nanges lar masa tuh...
anyway, sekali lagi... tahniah...tahniah...dan tahniah...
sonok sangat dpt jadi mak pada anak2 yg berjaya nih kan... harap2 yasmin boleh lar dpt tokoh cindur pompuan plak bila dajah enam nnt...hehehe... kosserr tau mama yasmin nih... nak jugak...

ina_niena said...

Dear parents + Anne

memang terasa sangat bila biodata anak dibaca hari tu.menangis gak but happy one.bukan senang nak didik anak ni and kejayaan hari ini kita kena terus baja supaya tidak terhenti disini.doa hari2 untuk anak dan mengharap amanah kita itu kita laksanakan dengan bertanggungjawab.InsALLAH our princess Yasmin akan meniti kejayaan yang sama.

Born as a muslim is a gift and die as a mukmin is an achievement