Saturday, February 14, 2009

Perhimpunan Pengusaha2 Taska Selangor



Jumaat 13hb bertempat di Bilik Gerakan Tingkat 2, Bangunan Annex, Bangunan SSAAS Shah Alam. Taklimat dan forum berkenaan undang2 serta permasalahan yang dihadapi oleh pengusaha2 taska.

Masalah jangan cerita memang banyak mengalah Hikayat Seribu Satu Malam, itu biasalah. Tetapi yang lebih penting adanya ruang untuk perbincangan dua hala yang diusahakan oleh pihak Persatuan Taska Negeri Selangor.

Sempat bersembang dengan YB Rodziah Ismail dan dapat jumpa kawan2 lama dari KAAK best gak. Nak juga highlight pasal OSCC. Apa tu coklat ke? OSCC bermaksud One Stop Crisis Centre tempat untuk mangsa2 rogol, dera dan yang teraniaya untuk diberi rawatan, perlindungan dan yang penting keadilan. Hospital yang mempunyai OSCC adalah seperti Hospital Kajang, Serdang, Sungai Buluh, Ampang, Selayang dan Tengku Ampuan Rahimah. Jikalau kita dapat kesan atau lihat mangsa yang teraniaya kita just refer kat OSCC di hospital yang tersenarai di atas. Bantuan sebegini adalah penting bagi menyelamatkan mangsa yang kita tidak tahu mungkin terdiri dari orang yang kita kenal atau rapat.

No comments:

Born as a muslim is a gift and die as a mukmin is an achievement