Tuesday, November 25, 2008

Kung Fu Al Khalaf With Chinese Lantern


Ini adalah hasil kreativiti anak-anak membuat topi dan lampu tanglung. Tak sia-sia mama belikan manila kad. Balik nanti bolehlah buat art class dengan mummy n daddy kat rumah.

Bolehlah gantung kat Al Khalaf, alamak bertambah berseri lagi Taskaku Syurgaku

Introducing The Cilik Team (1 - 2 Tahun)



Di perkenalkan The Cilik Team Juliana, Azmatun, Ilham, Rafiq dan Atiqah. Aikk mana Atiqah? ohhhhh ada projek melambai-lambai kat tepi sliding door.

Hari Hijau se Al Khalaf (25/11/08)








Pagi ini sungguh cerria kerana dapat bermain di padang sebab hari ceria. Pagi ini upacara memindahkan pokok kacang ke tepi pagar. Ada peluang untuk main tanah tanpa kena marah dengan cikgu.... mula-mula korek lubang sebesar kaki Danish, lepas tu pindahkan pokok kacang ke dalam lubang. Agak-agaknya pokok kacang kita ni boleh jadi besar macam pokok Jack tak?

Disebabkan hari ini Hari Hijau Se Al Khalaf jadi kenalah kita sama-sama bergotong-royong kutip sampah kat padang dan buang kat dalam plastik. alamak nampak comel la Al Khalaf...TaskaKu Syurgaku. Mama, Mummy, Ibu, Daddy, Abah, Papa tak nak joint?:p

Ok ka times up.... nak pergi sarapan lepas tu aktiviti.......

Monday, November 24, 2008

Aktiviti Membuat Kasut Gergasi (24/11/08)





Hari Isnin ni sejuk sebab dari pagi hujan turun dengan lebatnya. Lepas aje sarapan cikgu Ayu kata nak buat kasut gergasi. Manila kad pun dah ada, gunting dan gam dah tersedia apalagi masa untuk tunjuk bakat. Aiman dan Anas tengah kusyuk melukis patern kat kasut. Aiman kata kasut dia ada gambar spiderman tapi tengah tidurla....nanti mummy tengok ya

Danish kertas tu untuk lukis gambar bukan nak tekap tapak kaki. Emm patutlah kertas ni kecik ya cikgu Ayu.......

Ini hasil kreativiti Mira Dora.... kasut gergasi, cantik tak Ibu?

Saturday, November 22, 2008

Selamat Hari Lahir Gee, Omar & Najiha (21/11/08)




Selamat hari lahir yang ke 7 untuk gee dan ke 6 untuk omar. semalam sambutan hari lahir najiha tapi terlupalah pulak nak ambik gambar. Teacher Ibu doakan semoga anak-anak manis ini di berkati oleh ALLAH swt hingga ke akhir hayat dan semoga terus menjadi anak yang soleh/a.

Lepas ni sapa punya birthday pulak ye?nak kena check database ni.... marilah kita sambut hari lahir bersama-sama di Al Khalaf.

Wednesday, November 19, 2008

My Prince Charming & Princess (19/11/08)





Hari ini aktiviti membuat crown bersama abang dan kakak, adik ada aktiviti mewarna kat tingkat atas. Setelah berpenat lelah menghasilkan crown kini tiba masa untuk posing. Prince Azim, Amir, Aiman, Amar, Omar dan Anas bergaya sungguh. Princess Yasmin, Gee, Najwa dan Sakinah manis duduk bersimpuh. Alahai jatuh hati yang mana satu boleh buat menantu nih!

Monday, November 17, 2008

Hari Perpisahan













Saban tahun apabila sampai ke penghujung sesi perasaan sedih dan pilu terbuku jauh di sudut hati. Adalah sukar untuk melepaskan anak didik yang ditatang sepanjang tahun. Sekelip mata mereka membesar dan kita terpaksa melepaskan mereka untuk terus terbang tinggi.

Perasaan ini tidak pernah lekang dari sudut hati ini yang sering mereka panggil teacher ibu. Gembira melihat pencapaian yang mereka kecapi. Berbaloikah segala usaha kita? Hanya masa yang menentukan. Berjaya bukan setakat flying colours dalam akademik tetapi mentarbiyah anak kecil ini mengikut acuan Islam. Tanggungjawabnya besar dan berat tetapi ini adalah amanah yang perlu setiap teacher pikul dan laksanakan.

Wahai ibu dan ayah marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk mentarbiyah little caliph ini untuk terus kembang mekar mewangi.

Selamat menjalani ujian diognostik buat anak-anak 6 tahun pada 18 November 2008. Teacher Ibu hope you all do the best because you all are the best.

Tuesday, November 11, 2008

Mari mewarna bersama-sama (11/11/08)




Pagi ini cikgu ajar senaman chicken dance. Best goyang-goyang satu badan. Lepas tu explore padang jumpa bunga, daun, rumput dan katak. Lepas sarapan cikgu buat aktiviti mewarna bunga. Kita nak warnakan dengan merah macam baju mama....

Friday, November 7, 2008

Mari mengenal buah pear..yummy..yummy (7/11/08)





Semalam sudah kenal bual epal, hari ini kenal buah pear pulak. Fuii besarnya buah ni, colour hijau lagi. Tak sabar nak tampal kat buah ni....Aiman control jangan sampai meleleh air liur tu!

Go Awen go, walaupun demam nak tampal jugak.Sayang awen muahmuah

Seronoknya Berkebun.



Hari ini cikgu ani bawa kita keluar untuk aktiviti berkebun. Setiap seorang dapat pasu comel colour-colour. Nak tanam pokok kacang panjang dan bendi. Nanti kalau dah besar boleh buat sup sayur..yummy..yummy

Anak-Anak Tadika dengan aktiviti kraftangan.




Hari ini dapat peluang buat chimney colour-colour. Teacher bagi pilih colour apa yang kita suka nak guna. Lalala ada colour blue, red, green and yellow.

Omar seriusnya gunting bekas telur tuuu. Ohh Shahmi ponteng ya, opps baru je balik dari ambik report card.

Exam Week 3-7 November 2008










Minggu ni minggu exam. Pagi tadi dah minta restu mama, cium tangan muahmuah. Pagi ni sebelum bertarung ambik berkat baca doa dulu.

Aduhhh... tension. Soalan exam susah-susahla. Confused, betul ke sotong terbang??Alla warna je teacher tak marah.

Yea..yea siapa sudah siap teacher kata boleh main lego. Fuhhh lega
Born as a muslim is a gift and die as a mukmin is an achievement