Monday, November 17, 2008

Hari Perpisahan













Saban tahun apabila sampai ke penghujung sesi perasaan sedih dan pilu terbuku jauh di sudut hati. Adalah sukar untuk melepaskan anak didik yang ditatang sepanjang tahun. Sekelip mata mereka membesar dan kita terpaksa melepaskan mereka untuk terus terbang tinggi.

Perasaan ini tidak pernah lekang dari sudut hati ini yang sering mereka panggil teacher ibu. Gembira melihat pencapaian yang mereka kecapi. Berbaloikah segala usaha kita? Hanya masa yang menentukan. Berjaya bukan setakat flying colours dalam akademik tetapi mentarbiyah anak kecil ini mengikut acuan Islam. Tanggungjawabnya besar dan berat tetapi ini adalah amanah yang perlu setiap teacher pikul dan laksanakan.

Wahai ibu dan ayah marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk mentarbiyah little caliph ini untuk terus kembang mekar mewangi.

Selamat menjalani ujian diognostik buat anak-anak 6 tahun pada 18 November 2008. Teacher Ibu hope you all do the best because you all are the best.

3 comments:

mazniza said...

terima kasih kepada semua cikgu-cikgu di alkhalaf kerana tanpa jemu mendidik dan membimbing anak-anak kami aiman dan annisa'

NR2015 said...

saya mama yasmin dan danish juga nak ucapkan terima kasih yang tak ternilai kepada cikgu2 yang sudi membentuk anak2 saya sepanjang berada diALKHALAF. sesungguhnya, ibu-bapa yg berkerjaya mcm kami mmg memerlukan bantuan jagaan dan tempat didikan seperti alkhalaf, dimana menitik beratkan dunia dan akhirat, semoga ALLAH sentiasa merahmati AL KHALAF

ina_niena said...

Al Khalaf bukanlah yang terbaik tetapi kami cuba yang terbaik dalam mendidik anak-anak didik kami. Ini amanah yang setiap teacher kena pikul apabila anak-anak ini di hantar ke Al Khalaf. Terima kasih di atas sokongan mazniza, anne dan parents yang lain jugak.

Born as a muslim is a gift and die as a mukmin is an achievement