Wednesday, December 31, 2008

SELAMAT TAHUN BARU 2009


Selamat menyambut tahun baru 2009. 2008 telah kita tinggalkan dengan seribu kenangan manis dan pahit. Semalam mengajar kita erti sebuah persahabatan dan kasih sayang. Persahabatan antara anak murid dan guru berkekalan hingga akhir hayat dan sukar untuk dilupakan. Semoga kasih sayang dan persahabatan yang ikhlas ini berkekalan dan terus mekar mewangi.

Bagi yang baru ingin mengenali Al Khalaf, silakan dan jangan malu untuk bertanya-tanya perancangan mendatang Al Khalaf. Sepuluh jari kami hulurkan dengan ikhlas sebagai tanda persahabatan yang baru terjalin.
Semoga 2009 yang menjelang tiba akan lebih ceria dan meriah aktiviti untuk kita bersama. Teruskan menyokong perjuangan Al Khalaf dan harap maaf jika terdapat kekhilafan dari pihak Al Khalaf

No comments:

Born as a muslim is a gift and die as a mukmin is an achievement