Wednesday, January 21, 2009

Perkembangan Menyeluruh Kanak-Kanak




4 aspek yang nyata terlihat dalam proses pembesaran kanak-kanak ialah aspek fizikal,bahasa,kognitif dan sosioemosi. Namun adalah mustahak untuk mengingati bahawa seseorang kanak-kanak mempunyai semua aspek yang berintegrasi. Pembelajaran ialah suatu proses seumur hidup yang terjadi dalam semua aspek perkembangan seseorang kanak-kanak.

Fizikal: Perubahan yang berlaku dari segi bentuk dan saiz;kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan.

Bahasa: Perubahan dari tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindak balas kepada stimuli.

Kognitif: Keupayaan kanak-kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah.

Sosio-Emosi: Keupayaan kanak-kanak bergaul,berinteraksi dan meluahkan perasaan.

No comments:

Born as a muslim is a gift and die as a mukmin is an achievement