Friday, July 31, 2009
Takwin Bulan Ogos
Juga dalam bulan ogos ini negara tercinta akan merayakan hari kemerdekaan yang ke 52 tahun. Mengimbau kembali jerit perih para pejuang sama ada secara bersenjata atau mata pena yang memperjuangkan kemerdekaan tanahair dan mungkin istimewanya tahun ini sambutan kemerdekaan kita lakukan dengan mengimarahkan masjid/surau dengan bacaan yasin atau sembahyang hajat untuk kemakmuran negara.......kita menentukan arah
7-8 ogos : JEMPUT HADIR YA......
perkhemahan ceria 2... harap ibubapa dapat menghadirkan diri 7hb (9 - 11pm)kerana anak-anak dah berlatih untuk buat persembahan. Sungguh istimewa dan mari kita raikan usaha anak-anak kita
Tuesday, July 21, 2009
Peringatan Untuk Kita Semua
Sejadah Terapung di Masjid Kristal
Dipetik dari The Star – Khamis 30, 2009
Peringatan untuk umat Islam.
***************************
‘Floating mat’ a sign to people
KUALA TERENGGANU: The Terengganu chief imam has attributed the unusual occurrences at the Crystal Mosque here as a sign of the people distancing themselves from the religion.
Ustaz Azizi Saidi Abdul Aziz described claims that a visitor had seen and photographed prayer mats floating in the mosque as “hardly phenomenal” and people should stop thinking that it was due to genies or ghosts.
“Such mystifying occurrences have been reported in Saudi Arabia,” he said yesterday.
A woman from Negri Sembilan who visited the mosque had photographed the phenomenon with a mobile phone camera early this month, triggering fear among locals.
Azizi Saidi said the phenomenon could be linked to the lackadaisical attitude of Muslims in the state in performing congregational prayers.
“There is nothing to panic. This is a call to Muslims not to overlook their obligation towards performing prayers together.
“There are umpteen mosques in Terengganu but there is a lack of mosque-goers.
“Some of our mosques lack people even during Friday prayers,” he added.
He said the occurrence was not “bizarre” but should be seen as a miracle that could be considered a sign from the Al-Mighty.
Monday, July 13, 2009
Semangat Buku Hijau
Hari jumaat seperti biasa akan dilakukan aktiviti luar dan minggu ini aktiviti buku hijau. Apa itu buku hijau? Oooooo buku hijau ni sebenarnya aktiviti pertanian, pendedahan untuk anak-anak bagaimana proses menanam sayuran, buahan ataupun bunga. Kali ini sayuran yang dipilih adalah cili dan bendi. Setiap pagi dan petang anak-anak akan menyiram pokok tanaman mereka. sekaligus memerhati pertumbuhan benih yang mereka tanam. Besarnya nikmat dan kuasa ALLAH dapat dilihat melalui proses pertumbuhan benih tersebut. Tanah yang sama ditanam biji benih tetapi hasilnya berbeza-beza .... apa maksud ibu ni?
Di tanah yang sama kita tanam benih cili dan bendi kan, tetapi cili rasanya pedas dan bendi pula rasanya agak kelat. Itulah kebesaran ALLAH di atas tanah yang sama kita semai benih tapi hasilnya berbeza-beza. Begitulah juga dengan setiap anak, punyai keistimewaan mereka tersendiri dan seharusnya kita sebagai ibubapa meraikan keistimewaan dan perbezaan ini.