Monday, July 13, 2009

Semangat Buku Hijau








Hari jumaat seperti biasa akan dilakukan aktiviti luar dan minggu ini aktiviti buku hijau. Apa itu buku hijau? Oooooo buku hijau ni sebenarnya aktiviti pertanian, pendedahan untuk anak-anak bagaimana proses menanam sayuran, buahan ataupun bunga. Kali ini sayuran yang dipilih adalah cili dan bendi. Setiap pagi dan petang anak-anak akan menyiram pokok tanaman mereka. sekaligus memerhati pertumbuhan benih yang mereka tanam. Besarnya nikmat dan kuasa ALLAH dapat dilihat melalui proses pertumbuhan benih tersebut. Tanah yang sama ditanam biji benih tetapi hasilnya berbeza-beza .... apa maksud ibu ni?

Di tanah yang sama kita tanam benih cili dan bendi kan, tetapi cili rasanya pedas dan bendi pula rasanya agak kelat. Itulah kebesaran ALLAH di atas tanah yang sama kita semai benih tapi hasilnya berbeza-beza. Begitulah juga dengan setiap anak, punyai keistimewaan mereka tersendiri dan seharusnya kita sebagai ibubapa meraikan keistimewaan dan perbezaan ini.

No comments:

Born as a muslim is a gift and die as a mukmin is an achievement