Thursday, August 27, 2009

Mari periksa gigi...










Hari ini 25hb iaitu Rabu, Al Khalaf mendapat kunjungan dari Klinik Gigi Serendah. Penerangan tentang penjagaan gigi untuk anak-anak 0 - 4 tahun tapi abang2 dan kakak2 pun turut serta. Edaran berus gigi percuma untuk menggalakan anak-anak memberus gigi. Anak-anak juga turut diberi pemeriksaan gigi untuk melihat tahap kebersihan gigi. Haziqah mendapat pujian gigi yang bersih dan cantik. Buat anak-anak yang lain kenalah mula menjaga kebersihan gigi untuk kekal sihat kerana jika gigi rosak boleh sakit satu badan dibuatnya.

No comments:

Born as a muslim is a gift and die as a mukmin is an achievement