Sunday, December 21, 2008

21hb yang ceria dan segar



























6am dah bangun untuk persiapan diri dan solat subuh berjemaah.macam-macam style muka dapat lihat tapi yang paling cun sekali Danish dengan rambut ala-ala lion king boleh tidur sambil duduk.

6.45am aktiviti panas badan dengan chicken dance dan jogging sekitar jalan inai sambil mengata-ngata pasal sampah sarap kat jalan inai belakang tu, ejek-ejek anjing yang dah memang sah terkurung dan skodeng rumah Dania, Aiman ,Shafiqah, Allyah dan Danish

7.30-8am aktiviti mengopek telur rebus dengan penuh ketelitian untuk membuat sandwich telur.Chef-chef terpendam memperlihatkan skill untuk membuat sandwich telur dan lepas tu roti burger yang chef terkenal Al Khalaf sediakan.

8-9++am aktiviti kerja keras....bawa bola dalam sudu, lompat sambil bawa bola,pecah belon dan yang paling best cari gula-gula dalam tepung.Tak perlu terangkan just look and see the picture

Dikesempatan ini ingin Ibu ucapkan tahniah kepada ibubapa yang memberi anak-anak kesayangan anda untuk menjadi matang dengan mengikuti perkhemahan ceria ini walaupun umurnya baru 3 tahun seperti syasya, bella, syafika, annisa dan iqbal.Jikalau terdapat kekurangan dari pihak taska ingin memohon maaf atas kesulitan yang timbul.Semoga sokongan dan kerjasama yang lebih baik dari ibubapa di masa akan datang akan memantapkan lagi perkembangan Al Khalaf bersama anak-anak cilik ini.Lain kali boleh buat lagikan...... tapi daddy u kena belanja i 5 tiket Madasgar 2

2 comments:

Abdul Hakim Hj Zainuddin said...

Hi Cikgu Ibu..noted.I supposed Daddy tu I lah Ya ..Anyway Thanks very much to you & your dearest teacher for the wonderful jod..My wife & me owe you much.Buat la lagi activity bermalam..dapat juga kita orang pergi dating berdua he he !Looking forward for a fruitful relationship in many more years to come .

ina_niena said...

Assalamualaikum buat semua ibubapa & sesiapa sahaja yang melawat blog ini. Tahniah dan terima kasih kepada ibubapa yang sentiasa menyokong Al Khalaf. Semoga lebih banyak aktiviti dapat Al Khalaf jalankan dari masa kesemasa demi menjayakan perkembangan anak-anak didik kami. Daddy n Mummy u r the best for Aiman +Nisa. Keep up the good motivation to our beloved.

Born as a muslim is a gift and die as a mukmin is an achievement