Sunday, December 21, 2008

Perkhemahan Ceria Yang Terlebih Ceria






















20 -21hb Disember merupakan hari perkhemahan ceria anjuran Al Khalaf yang sulung.Memang sesuai dengan temanya teramat ceria walaupun keletihan. Tiada perkataan yang sesuai untuk Ibu gambarkan hanya yang melaluinya bersama anak-anak cilik ini yang memahaminya. Sepanjang perkhemahan ini kami berkongsi rahsia dan keseronokkan bersama-sama.

Aturcaranya bermula dengan plan B sebab hujan rahmat turun dengan lebatnya dari 5.30 - 6.30 dan terpaksalah Ibu dengar leteran Acu Miera Diego pasal tak nak pasang khemah besar....kihkih bukan tak sudi terima pertolongan tapi dah segan banyak sangat terima pertolongan.Tanah yang basah tidak melunturkan plan A ibu dan anak-anak. Maghrib dan Isyak kami berjemaah dengan imam jemputan (anak ibu je) lepas tu kami bersama-sama membaca Surah Yassin.Sejuk hati melihat kesucian hati anak-anak cilik ini.

9pm kami dengan tak sabar-sabar nak menjamu selera.yummy...yummy nasi lemak +ayam panggang+sayur+air.Walaupun kelaparan jangan lupa baca doa makan ya sayang.Kumpulan 6 seekor ayam duduk di satu sudut yang romantik bukan apa terpaksalah sebab segan 6 orang kongsi seekor ayam panggang,itupun macam tak cukup jerrr.cover boroi,atas alasan keselamatan kumpulan 6 seekor ayam terpaksa dirahsiakan takut kena saman malu.Tapi boleh agak siapa ahli kumpulan ini.

Pehhh memang sodap kata Bella dinner malam ni.Yea yea nak pasang khemah.Kerjasama yang dipamir oleh anak-anak ini mengingatkan kita yang adult ini supaya turut sama mengamalkan sikap kerjasama dalam rutin hidup harian kita.Kerjasama ini juga dapat kita gembling di antara taska dan ibubapa demi menjana anak-anak untuk terus seimbang perkembangan mereka.

Aktiviti malam yang sihat diteruskan dengan menghidupkan unggun api dan aktiviti yang lain.Musical Chair, boom boom dan persembahan mengikut kumpulan.Nak pecah perut melihat telatah anak-anak ini.oppsss ada parent yang buat rondaan sekitar taska.Terima kasih kerana membuat rondaan tapi jangan risau sebab polis dah janji buat rondaan.

11pm tidur time,dah gosok gigi dan tukar baju jadi dengan riang rianya masing-masing berebut nak tidur dalam khemah.Berlantaikan tanah dan berbumbungkan langit anak-anak ini tidur dengan senyuman dan lena.Cuma cikgu-cikgu jerr yang tak berapa lena sebab takut anak nangis cikgu tak sedar.Waktu macam ini masing-masing nak tunjuk skill mengigau terutamanya anas yang mengigau dengan penuh dramatik sekali.nak buat video tapi bateri lak yang dah nak habis.selamat anas. Jam dah hampir pukul 4 tapi mata tak berapa nak lena pulak jadi terpaksa layan blues dengan mengira bintang di langit so at last tertidur juga.

No comments:

Born as a muslim is a gift and die as a mukmin is an achievement